berita

‘Berani Sungguh’ – Fasha Sandha Ditegur Keluar Sambut Hari Jadi Ketika Berpantang

August 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 7 Ogos lalu, pelakon Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz selamat menimang cahaya mata mereka. Hari ini genap bayi perempuan mereka yang diberi nama Aisha itu berusia 17 hari. Terbaru, perkongsian Fasha Sandha tarik perhatian netizen apabila dia sudah berani keluar walaupun masih dalam tempoh pantang.

Keluar demi anak buah

Demi anak buah sulung mami, dalam berpantang pun mami sanggup keluaq. Happy birthday in advance sayang mami! Semoga sukses dan mencapai cita2. Mami loves you. #familyiseverything

Menurut Fasha, dia sanggup keluar demi menyambut ulang tahun kelahiran anak buah sulungnya walaupun masih dalam tempoh berpantang. Perkongsian pelakon itu mengejutkan ramai orang apabila rata-ratanya tidak menyokong tindakan pelakon itu yang sanggup melanggar pantang demi urusan tidak penting. Tak kurang juga yang menasihati Fasha agar berhati-hati dalam tempoh ini.

Lebih baik duduk rumah

 

Walaupun ramai mengkritik, tak kurang juga meminta agar Fasha menjaga kesihatan diri sahaja. Ada yang mengatakan pantang hanyalah mitos namun yang paling penting tahu tahap kesihatan diri.

Janji pandai jaga diri

Sumber : Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×