Umum mengetahui, pelakon Zarina Anjoulie dan pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Alzey seakan memberi bayangan bahawa ikatan pertunangan mereka sudah terlerai di tengah jalan.
Artikel Berkaitan: Akui Masih ‘Struggle’ Untuk Berubah, Zarina Anjoulie Harap Ada Yang Boleh Terimanya Dengan Ikhlas – ‘Maaf Saya Tak Cukup Sempurna’
Artikel Berkaitan: ‘Papa Doakan Mama Dapat Orang Yang Lebih Baik’ – Tunang Zarina Anjoulie
‘Biar kami selesaikan masalah ini’
Baru-baru ini, Datuk Seri Khazrul Elzey tampil menjelaskan bahawa isu berat badan bukanlah menjadi masalah dalam perhubungan mereka seperti yang didakwa netizen di media sosial. Difahamkan, perkongsian Anju sebelum ini yang mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mencapai berat badan 55 kilogram hanyalah gurauan semata-mata.
Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral. Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu.
Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi netizen sumpah seranah bakal suami awak? Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini.
Ujar Khazrul lagi, dia tidak kisah dengan penampilan Anju malah dia menerima wanita itu dan isu berat badan bukanlah menjadi punca keretakan hubungan mereka tetapi ada perkara lain yang perlu diselesaikan.
Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat. padam media bila media dah viral, dia menyesal. Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini.
Sumber: Datuk Seri Khazrul Elzey