Susulan tindakan pelakon Zarina Anjoulie memadam semua gambar dan video ‘sweet’ di platform media sosial, tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey tampil menjawab segala teka teki yang timbul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Pakai Dress Seksi, Zarina Anjoulie Padam Gambar Tunang
Kita mampu merancang
Menerusi hantaran di TikTok Story, Khazrul akur dengan takdir Allah SWT apabila hubungan percintaan mereka terputus di tengan jalan. Katanya, dia tidak mampu menjadi lelaki yang baik seperti mana yang diimpikan aktres berumur 35 tahun itu.
Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
Meskipun tidak tercapai hasrat untuk menjadi pasangan suami isteri, Khazrul berharap agar mereka kekal menjadi sahabat.
Dalam pada itu, Khazrul turut berterima kasih atas cinta dan sayang yang sudah dicurahkan oleh pemilik nama Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul.
Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik.
Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu).
Jangan putus asa
Di ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa sedih melihat pengakhiran hubungan cinta Khazrul dan Zarina. Ada juga segelintir pengikut yang menyuruh Khazrul untuk memujuk Zarina lalu terus bernikah.
Sebelum ini, Zarina menulis kapsyen, ‘Broken (hancur) tapi masih bertahan,’ dengan berlatar belakangkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.
Terdahulu, pada 26 Januari, Zarina memberitahu mereka sudah ‘diikat’, dan sudah menempah baju pengantin dan cincin.
Sumber: TikTok