berita

‘Berat Tangan Ini Melepaskanmu Sayang…’ – Ibu Titip Ucapan Istimewa Buat Neelofa, Sebak!

March 29th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Telah berlangsungnya majlis pernikahan antara Noor Neelofa dan Haris Ismail pada Sabtu lalu. Ikatan perkahwinan itu telah bersatu dengan hanya sekali lafaz dan disaksikan ramai pihak termasuk keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai.

Artikel berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Artikel berkaitan: ‘Saya Serahkan Kepada Allah’ – Neelofa

Ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini menerusi laman sosial di Instagram turut berkongsi ucapan istimewa buat anak kesayangannya yang akan melayari bahtera perkahwinan.

‘Wahai anakku, Neelofa’

Doa dan ucapan khas dari Noor Kartini yang dituju kepada anaknya itu undang sebak netizen. Noor Kartini turut mendoakan agar segala urusan rumah tangga yang diharungi oleh pasangan pengantin baru ini akan sentiasa dipermudahkan. Sebagai ibu, dia turut mengakui sukar untuk melepaskan Neelofa ke pangkuan seorang suami bernama Haris Ismail.

Wahai Anakku sayang Neelofa, taati dan sayangilah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah. Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetapi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah. Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah.

Merdunya suara PU Riz

Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian daripada adik-beradik Neelofa menyaksikan PU Riz telah menjadi imam kepada mereka sekeluarga setelah selesai acara akad nikah, tempoh hari. Jika sebelum ini, kita hanya melihat PU Riz sebagai tetamu jemputan namun kali ini perbezaan dapat dirasai apabila buat kali pertama mengimamkan keluarga isterinya sendiri.

Sumber: Noor Kartini, lovestory.me2

SKIP THIS AD ×