berita

Berbaju Ketat Selepas Balik Umrah, Fasha Sandha Ditegur Netizen

February 8th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Hantaran pelakon, Fasha Sandha di Instagram (IG) menerima pelbagai teguran dek kerana pemakaiannya yang ketat selepas balik daripada menunaikan umrah.

Artikel Berkaitan: Sembilan Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Akui Tiada Masa Untuk ‘Post’ Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: Aidil Aziz & Fasha Sandha Bakal Menunaikan Umrah Buat Kali Pertama Sebagai Pasangan Suami Isteri

Pakaian tidak sesuai

Menerusi hantarannya di laman Instagram, Fasha kelihatan sedang melakukan beberapa aksi senaman dengan berpakaian sukan sambil mempromosikan sebuah produk kesihatan.

Jom senaman dengan Fasha! Tengok video sampai habis tau.

Walau bagaimanapun, hantaran itu menerima pelbagai jenis teguran daripada warganet. Pakaian yang digayakan menimbulkan pertikaian kerana masih belum menutup aurat sepenuhnya biarpun baru sahaja pulang daripada Tanah Suci.

Semoga diberi hidayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar pelakon berusia 38 tahun itu akan diberi hidayah untuk berubah ke jalan lebih baik.

Sumber: Instagram @fashasandha

SKIP THIS AD ×