Pemergian pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah merupakan pengalaman pertama buat pasangan itu semenjak bergelar suami isteri.
Walau bagaimanapun, pada Sabtu lalu, pasangan ini selamat kembali ke Malaysia.
Artikel Berkaitan: Aidil Aziz & Fasha Sandha Bakal Menunaikan Umrah Buat Kali Pertama Sebagai Pasangan Suami Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bentuk Badan Fasha Sandha Dipuji Persis Kareena Kapoor, Langsing Seperti Anak Dara
Artikel Berkaitan: Kurang Gemar Dengan Barang Kemas, Fasha Lebih Bahagia Di Samping Suami
Masa yang singkat
Pelakon, Fasha Sandha akui dek kerana kekangan masa sepanjang berada di Tanah Suci selama sembilan hari itu tidak menyempatkan dirinya untuk berkongsi pengalaman di sana menerusi video mahupun gambar.
Syukur Alhamdulillah. Kami dah selamat sampai. Ramai DM kenapa tak update gambar dan video. Maaf, sembilan hari yang sangat singkat di Madinah dan Makkah.
Tambah Fasha, dirinya tiada masa untuk membuat hantaran di media sosial atau sebarang penyuntingan (editing). Namun begitu, Fasha menyatakan bahawa mereka diberi kesempatan untuk merakam memori dan momen terindah ketika di sana.
Cantiknya Fasha
Walau bagaimanapun, dalam hantaran terbaru, Fasha memuat naik sebuah video momen indah dan berharap mereka akan dijemput lagi ke sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pelakon wanita itu terus beristiqamah dalam menutup auratnya setelah pulang ke tanah air.
Sekadar info, perancangan untuk memunaikan umrah bersama merupakan hasrat yang telah lama disimpan oleh pasangan tersebut. Namun terhalang oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.
Sumber: Instagram @fashasandha