Pasangan selebriti, Aidil Aziz dan Fasha Sandha teruja bakal menjadi tetamu Allah SWT buat kali pertama sebagai pasangan suami isteri.
Artikel Berkaitan: Kurang Gemar Dengan Barang Kemas, Fasha Lebih Bahagia Di Samping Suami
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Sifatkan Bekas Suami Seorang Ayah Yang Baik – ‘Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi’
Artikel Berkaitan: Selesa Jalankan Rutin Kehidupan Secara Sederhana, Fasha & Suami Tak Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial
Teruja menunaikan umrah
Menurut Aidil, dia bersyukur apabila segala urusan dipermudahkan buat dirinya dan isteri untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah, esok.
Malah, urusan dalam hal penjagaan anak-anak turut terurus apabila menerima banyak tawaran daripada ahli keluarga untuk menjaga sementara mereka fokus pada ibadah.
Ini bukan kali pertama saya menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana bersama isteri akan ke sana (Tanah Suci). Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya. Susah saya nak ungkap perasaan ini. Fasha turut teruja sejak awal lagi dan kami sangat bersyukur segalanya dipermudahkan.
Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu.
Perancangan tergendala kerana Covid-19
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Aidil Abdul Aziz itu turut menyatakan bahawa perancangan untuk menunaikan umrah bersama isterinya sudah lama dirancang. Namun, hal itu tergendala susulan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).
Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
Pelakon drama Anak Beranak Abe Yie memohon doa orang ramai untuk perjalanan mereka agar urusan di sana dipermudahkan.
Sumber: Harian Metro