berita

Berbaloi Harung Banjir, Adik Suffiah Raih 10A Dalam PT3!

December 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mula diumumkan pada hari ini bersamaan 19 Disember. Pelajar yang mengambil keputusan hari ini boleh mengambilnya di sekolah atau menerusi dalam talian.

Namun, lain pula kisah dengan adik Syarifah Suffiah Syed Abu Bakar yang terpaksa mengharungi banjir bersama ayahnya pagi tadi. Apa yang paling membanggakan dia memperoleh keputusan cemerlang 10A.

Semangat nak ambil keputusan

Kegigihan adik Suffiah adalah berbaloi apabila pelajar calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dia mendapat keputusan cemerlang 10A. Bayangkan dia ditemani bapanya, Syed Abu Bakar Syed Daud meredah banjir sejauh 800 meter untuk sampai ke sekolah.

Alhamdulillah walaupun air naik di rumah saya masih dapat mengambil keputusan PT3 malah lebih menggembirakan apabila ia cemerlang.

Biarpun dalam kesejukan dan sedikit basah saya tetap bersemangat memakai pakaian seragam sekolah supaya dapat merasai suasana sebenar saat mengambil keputusan.

Tak dapat tidur lena fikir banjir

Dia mengakui tidak dapat tidur lena kerana bimbang tidak dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan memandangkan air sudah mula naik mendadak di kawasan rumahnya di Kampung Cabang Tiga, Bagus, Rantau Panjang.

Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan bangga melihat kegembiraan ibu dan ayah yang teruja dengan hasil yang saya perolehi dalam PT3.

Sekarang ini saya seolah-olah gembira dalam duka. Saya bersyukur dengan keputusan yang diperolehi, namun dalam masa yang sama risau dengan keadaan banjir yang diramal lebih besar daripada gelombang pertama.

Risau air makin tinggi

Selesai saja mengambil keputusan dan berjumpa guru saya dan bapa terus bergegas pulang ke rumah kerana risau air yang semakin tinggi. Lagipun kami perlu segera ke kedai milik ayah untuk mengangkat barang ke tempat lebih tinggi.

Saya berharap dengan keputusan cemerlang ini akan terus memberi semangat kepada saya untuk belajar lebih baik bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya mencapai cita-cita sebagai arkitek.

Dalam perkembangan lain, tinjauan NSTP mendapati pekan Rantau Panjang sudah dilimpahi air separas 0.4m dan sudah ditutup untuk kenderaan kecil.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×