Bila sebut je pasal servis penghantaran makanan, perkataan pertama yang terlintas dalam kepala kita mesti foodpanda, kan?
Terbuktilah foodpanda dah berjaya memberikan servis yang memuaskan dan menggembirakan hati semua penggunanya.
Baru-baru ni, min ada cuba satu pelan menarik yang dah melipat gandakan kepuasan min apabila menggunakan servis foodpanda iaitu pandapro.
Bagi yang tak pernah tahu tentang pandapro ni mesti akan rasa tak yakin untuk langgan pelan ni kan?
Tak apa, jom min kongsikan ulasan jujur yang min sendiri alami apabila menggunakan pandapro ni.
Guna pandapro ni jimat sebab boleh dapat 12 kali Free Delivery
Biasanya kalau korang pesan makanan menggunakan aplikasi foodpanda, mesti korang berharap untuk dapatkan penghantaran percuma kan? Sama lah kita!
Selalunya min akan pilih waktu-waktu tertentu je untuk pesan makanan sebab nak dapatkan penghantaran percuma. Kadang-kadang tu nak kena cari yang dekat kawasan rumah je sebab tak nak caj yang tinggi.
Tapi dengan pandapro, kita tak perlu nak pilih-pilih waktu lagi sebab pandapro pastinya akan bagi RM0 kos penghantaran sepanjang tempoh kita melanggan pelan ni tau! Tak perlu lagi nak limitkan kawasan carian korang!
Lagi best, korang akan dapat free delivery sebanyak 12 kali dalam sebulan. Mana lagi nak jumpa pelan berbaloi macam ni weh!
Diskaun 20% di Restoran dan pandamart
Sepanjang menggunakan pelan pandapro ni, korang juga akan menikmati diskaun pembelian sehingga 20% di 20 ribu restoran di dalam aplikasi foodpanda!
Korang cari je apa jenis makanan yang korang teringin, semua ada!
Bukan setakat dekat restoran makanan je tau, korang siap boleh guna dapat juga 20% diskaun apabila korang berbelanja menggunakan pandamart! Nak beli barang dapur pun min dah tak perlu pening kepala dah!
Dine-in dan Dapat Pengurangan Bil 25%
Bila keluar dating, mestilah nak makan makanan yang sedap je kan? Lagi best kalau boleh makan makanan yang korang suka pada harga yang murah.
Istimewa untuk yang melanggan pelan pandapro ni, kalau dine-in pun kita masih boleh menikmati potongan sehingga 25% dalam satu bil!
Jadi tak perlu pening-pening terlebih bajet bila keluar.
3 Pelan Untuk Dipilih
Ada 3 jenis pelan yang korang boleh pilih apabila ingin melanggan pandapro:
- 1 bulan @ RM8.9, jimat sehingga 70%
- 6 bulan @ RM6.9/bulan, jimat sehingga 77%
- 12 bulan @ RM4.9/bulan, jimat sehingga 84%
Jangan risau, untuk dua bulan pertama, langganan korang adalah percuma dan kalau bertuah, korang juga berpeluang untuk dapat RM50 baucar daripada foodpanda!
Ha menarik kan pelan pandapro ni? Min dah cuba, korang bila lagi tu? Jom sama-sama jadi mereka yang bijak dengan melanggan pelan pandapro sekarang!
So tunggu apa lagi tu? Untuk maklumat lanjut mengenai pandapro, korang boleh muat turun aplikasi foodpanda sekarang!