berita

Berbaloikah Duit & Masa Korang Untuk Tonton Ejen Ali: The Movie?

November 30th, 2019 | by Noraniza
Filem Tempatan

Sejujurnya, admin bukanlah pengikut tegar kartun animasi Ejen Ali. Sebelum ini sekadar tahu kewujudan kartun animasi ini tatkala menonton selingan iklan di kaca televisyen sahaja. Begitu juga dengan kartun animasi lain tak kiralah dalam negara ataupun level international.

Tapi, kenapa tergerak hati nak tengok? Ha, sebabnya admin ada anak kecil dan sesekali tak salah nak tengok wayang cerita kanak-kanak pulak kan. So, daripada niat asal hanya untuk memuaskan hati anak kesayangan, admin rasa terkesima! Kenapa?

1. Details animasi yang cantik

Bukan bodek ataupun nak exaggerate. Tapi, admin memang salute dengan details animasi dalam cerita Ejen Ali: The Movie ni. Admin pun bukan power sangat bab-bab animasi ni, tapi memang orang kata puas hati bila tengok bila mereka amat mementingkan setiap perincian tu. Thumbs up!

2. Plot twist yang menarik

Kawan admin tanya ‘Boleh ke faham cerita ni kalau langsung tak pernah tengok series dia?’

Oh jangan risau. Jalan cerita Ejen Ali: The Movie ini dihurai dengan sangat baik! Kemunculan setiap karakter bersesuaian pada masa dan kesinambungannya kemas!

Plot twist yang dihidangkan mampu melayan selera bukan sahaja kanak-kanak, malahan penonton dewasa! Ada happy, ada sedih, ada semangat setiakawan, eh kira cukup rasa lah.

3. Lagu ‘Kita Jaga Kita’ yang memang kena pada masa

Soundtrack ‘Kita Jaga Kita’ oleh Altimet ft Curley ft Malik Abdullah pun dicipta bukan sekadar jadi soundtrack kosong. Ada sebab dan momen yang amat tepat yang kena dengan lagu tu. Admin pulak jadi semangat bila scene tu berlangsung.

4. Lawak santai

Apa yang menariknya, watak-watak sampingan yang banyak menjadi penghibur dalam cerita Ejen Ali: The Movie ni. Time lawak tu memang satu pawagam tepuk tangan!

Ha, berbalik pada soalan di headline tu. Berbaloi ke nak keluarkan duit dan nak spend masa dalam wayang untuk tonton cerita Ejen Ali: The Movie ni?

Bagi admin, ianya sangat berbaloi. Ini bukan nak bodek ke atau nak exaggerate cerita. Tapi, kalau korang tak tengok, korang sendirilah yang rugi sebab memang netizen pun ramai bagi review positif mengenai Ejen Ali: The Movie ni.

Sesuai dengan tagline Ejen Ali, apa tunggu lagi? Bertindak segera!

*psst… korang kena tunggu sampai end credit betul-betul habis tau! 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×