berita

Berbelanja Di CJ WOW SHOP & Dapatkan Beg WOW Percuma Rekaan Eksklusif Yana Samsudin

April 2nd, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Siapa disini yang suka sangat membeli-belah secara atas talian? Pasti macam-macam aplikasi mudah alih korang akan install semata-mata nak cari produk berkualiti dengan harga terbaikkan? Bukan itu sahaja, biasanya kita akan memilih untuk membeli secara online mungkin disebabkan oleh kekangan waktu dan prosesnya yang lebih mudah. Yalah, duduk sahaja bersama telefon pintar dah boleh beli barangan yang korang nak.

Tahukah korang bahawa CJ WOW SHOP juga merupakan satu aplikasi yang menawarkan perdagangan secara atas talian dan boleh diakses melalui pelbagai medium? CJ WOW SHOP menawarkan pelbagai jenis barangan seperti barangan kesihatan, gadget, fesyen dan lain-lain sesuai untuk korang yang suka membeli secara online. Baru-baru ini CJ WOW SHOP telah pun menyambut hari ulang tahun ke dua selepas ditubuhkan sekitar Februari 2016.

Betul ke ada hadiah ekslusif untuk pelanggan CJ WOW SHOP? Ya, betul!

Untuk meraikan ulang tahun kedua CJ WOW SHOP, korang semua berpeluang untuk menyertai karnival membeli belah yang terbesar  secara atas talian dalam siri promosi selama sebulan melalui televisyen, atas talian dan aplikasi mudah alih bermula pada 1 April ini.

Nak tahu apa yang lagi best? Korang semua berpeluang untuk memiliki “Beg WOW” yang merupakan edisi khas rekaan Yana Samsudin selaku duta ‘2 Tahun, lebih WOW’ dan ianya diberikan secara percuma sepanjang bulan April bagi pelanggan CJ WOW SHOP dan peminat Yana Samsudin sendiri.

Ganjaran untuk pelanggan sempena ulang tahun kali ini. Jangan tak percaya!

Korang juga boleh dapatkan ganjaran sebanyak 5% diskaun untuk produk yang dipaparkan semasa rancangan secara langsung CJ WOW SHOP tanpa henti pada 1 April sahaja. Manakala bagi 5% mata ganjaran WOW untuk semua produk pula adalah sah dari 1 April hingga 30 April. Jadi, korang perlu siap sedia untuk merebut peluang ini!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×