berita

‘Berbelas Kali Muntah & Cirit Birit’ – Anak Dehidrasi Keracunan Makanan, Bila Diperiksa Ini Puncanya..

February 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Di Twitter, seorang doktor kongsi kisah kanak-kanak alami keracunan makanan teruk akibat memakan ayam tidak cukup masak. Doktor Ahmad Luqman Bukhari dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban turut menasihati agar ibu bapa memeriksa terlebih dahulu makanan sebelum diberikan kepada anak-anak.

Anak dehidrasi teruk

Menerusi thread Twitter doktor ini, beliau kongsi menerima pesakit kanak-kanak yang sedang lemah dengan kedua-dua belah mata mencengkung akibat dehidrasi yang teruk. Doktor ini cuba bertanyakan kepada ibu bapa mereka jika ada membeli makanan dari luar, namun ibu bapa tersebut memberitahu memang anaknya makan makanan yang dimasak di rumah.

Anak nak rasa sikit

Kemudian, ibu bapa tersebut baru teringat ada menyuapkan nasi ayam yang dibawa daripada tempat kerja kepada anaknya. Ibu tersebut akui kesilapan apabila menyedari bahawa ada kesan darah di bahagian sendi ayam dan dagingnya juga agak kemerahan seperti tidak cukup masak. Namun, dia tetap memberikan kepada anaknya kerana tidak sampai hati anaknya ingin juga merasa nasi ayam itu.

Keracunan punca kuman membiak

Menurut doktor ini lagi, kes sebegini sering berlaku di kalangan kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan kematian. Kuman tersebut akan merebak ke dalam salur darah anak berpunca daripada ayam yang tidak dimasak dengan sempurna. Beliau juga meminta orang ramai membantu untuk menyebarkan info berkenaan kepada orang ramai agar kesihatan anak-anak terjaga.

Sumber : Doktor Ahmad Luqman Bukhari

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×