berita

Bercerai Lepas Sehari Nikah, Isteri Terkejut Suami Cinta Kaum Sejenis – ‘Saya Dah Kahwin Tapi Masih Dara’

February 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Beberapa hari kebelakangan ini viral satu kisah mengenai seorang wanita mendakwa telah bercerai sehari selepas dia dan suami selamat diijabkabulkan.

Cerai lepas sehari bernikah

Menerusi laporan yang dipetik daripada Wolipop, seorang wanita Indonesia yang dikenali dengan nama Verra Riska mendakwa tidak menyangka bahawa perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sehari sahaja. Perkara tersebut berlaku selepas dia mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya yang agak pelik. Difahamakan, wanita terbabit berkongsi beberapa foto perkahwinannya bersama suami menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Dakwa wanita ini lagi, dia terpaksa berpisah kerana suaminya enggan menyentuhnya dan menganggap dirinya hanya sebagai objek untuk menutup rahsianya. Ternyata rahsia yang disimpan suaminya daripada pengetahuan orang ramai adalah mengenai hubungan sejenisnya.

Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Saya sudah berkahwin, namun masih dara. Semuanya sudah berakhir. Dia tidak mencintai saya, sebaliknya mencintai lelaki lain.

Kongsi perbualan bekas suami dengan ‘pasangan’

Menurut Verra lagi, dia sangat terkejut selepas mengetahui perkara tersebut namun dia redha dengan takdir yang sudah tertulis untuknya. Berdasarkan sumber, Verra juga ada berkongsi beberapa tangkapan skrin perbualan bekas suaminya bersama ‘pasangan’ sejenisnya itu.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dilalui Verra. Malah mereka juga berharap agar Verra diberi kekuatan dan ketabahan selain mendoakan agar dia dapat menemui kebahagiaan kelak. Menerusi temu bual bersama Wolipop, Verra meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang tidak henti-henti  memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Berdasarkan hasil tinjauan pihak OhBulan!, video yang dikongsikan di TikTok dan mendapat hampir 8 juta tontonan itu telah dipadam oleh Verra.

Sumber: Wolipop

SKIP THIS AD ×