Semalam, pelakon Emma Maembong mengesahkan sudah berpisah dengan suami, Muhammad Shazli Azhar.
Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Shazli Sudah Bercerai, Terima Keputusan Dengan Matang – ‘Saya Sebolehnya Cuba Menutup Kisah Peribadi’
Artikel Berkaitan: Emma Maembong Dakwa Disantau Selepas Baca Mantera Dihantar Peminat – ‘Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Tampil ‘Back Up’ Emma & Chacha Maembong – ‘Kau Tak Ada Buat Salah Apa-Apa’
Jodoh sampai sini
Terbaru, menerusi sebuah posting di Instagram, Emma tampil memberi penjelasan. Menurut Emma, dia berterima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan kata-kata yang positif buat dirinya dan bekas suami.
Ujar Emma, jodohnya bersama Shazli tidak panjang dan kalau diikutkan dia tidak mahu mengumumkan berita perceraian ini.
Salam semua. Jika diikutkan, kami tidak mahu umumkan mengenai perceraian ini kerana tidak mahu memanjangkan isu. Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk umum perceraian ini.
Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita perceraian ini dan tidak mereka-reka cerita yang tidak benar.
Ujar Emma, hubungannya dengan bekas suami masih baik sehingga ke hari ini. Sebagai ibu bapa, Emma memberitahu bahawa dia dan Shazli mahu menjaga kesihatan mental anak mereka.
Kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa. Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya.
Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang dan Allah sebaik-baik perancang.
Berbicara lebih lanjut, pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang 2’ ini berharap netizen memberikan ruang dan privasi buat dirinya dan bekas suami untuk membesarkan dua anak lelaki mereka dengan baik.
Terima kasih kerana faham situasi dan keadaan kami. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.
Terima kasih kerana faham
Imbas kembali, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.