Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila pelakon, Fiza Halim didakwa menjalin hubungan cinta dengan Engku Emran.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Kenal Engku Emran’ – Fiza Halim Nafi Bercinta
Artikel Berkaitan: Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?
Berita tersebut menjadi tular selepas tersebarnya gambar Engku Imran bersama dua orang remaja perempuan yang dikatakan mirip dengan anak aktres berkenaan.
Hentikan fitnah
Tidak mendiamkan diri, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41, meminta semua pihak agar berhenti menfitnah dan menyebarkan berita yang kurang sahih itu.
Tegasnya, wajah kanak-kanak di dalam gambar yang tular itu langsung tidak sama dengan wajah dua orang anaknya.
Tolong hentikan viral dan fitnah ya. Aku tak nampak di mana serupanya muka anak aku dengan pihak yang korang katakan itu.
Jauh beza sekali, dah macam-macam cerita aku dengar pasal aku, korang asyik kata dan tulis.
Fiza berkongsi rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini sambil memuat naik beberapa keping foto anak-anaknya.
Minta maaf di akhirat
Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite itu turut menyelar tindakan netizen yang tidak menyelidik kesahihan berita berkenaan terlebih dahulu sebelum ‘memetik’ namanya.
Malah, dia turut mengingatkan orang ramai akan kesan buruk yang bakal diterima kerana menfitnah dirinya.
Pada mulut netizen yang mula buat cerita ini silalah merangkak nanti di sana (akhirat) untuk datang minta maaf dekat aku. Jangan pandai-pandai nak sebar fitnah dan aibkan orang.
Fikirlah sikit, orang ada keluarga, banyak hati nak kena jaga. Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang dan fitnah orang bercinta, tanpa usul periksa. Akhirnya malu sendiri.
Best ke dapat kumpul semua dosa-dosa aku? Tak pasal-pasal semua pahala korang yang keji dan hina aku tu aku dapat. Apa-apa pun terima kasih semua.
Terdahulu, gambar suami kepada usahawan, Noor Nabila bersama dua orang remaja perempuan telah mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga nama Fiza terpalit sama.
Netizen mendakwa dua remaja perempuan berkenaan merupakan anak kepada Fiza sehingga ada yang membuat andaian bahawa Engku Emran dan aktres itu sedang bercinta.
Bagaimanapun, Fiza menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya langsung tidak mengenali Engku Emran.
Sumber: Instagram