berita

Bercita-Cita Nak Jadi Influencer? Nah 5 Tips Untuk Korang!

November 15th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Pengaruh media sosial ataupun ‘social influencer’ memang bukan benda yang baru di Malaysia. Bermula sebagai seorang pemilik akaun media sosial yang suka berkongsi aktiviti harian dan gaya hidup, influencer kini dah menjadi satu pekerjaan yang menguntungkan!

Ada ke antara korang yang bercita-cita untuk menjadi influencer? Haa..kalau ada, jom kami kongsikan antara tips-tips untuk menjadi seorang influencer. Dah ready ke guys?

Skil PR kena power!

Yang ini memang penting bila nak jadi influencer. Yelah, dah nama pun influencer, setiap apa yang korang cakap tu sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengikut korang. Menjadi orang terkenal di laman sosial ni bukan senang tau, korang memang kena mantapkan skill perhubungan awam (PR) korang contohnya, beramah mesra dan kenal dengan pengikut korang.

Kenalah rajin-rajin reply komen ataupun buat posting yang boleh tarik minat pengikut korang. Jangan lupa untuk selitkan mesej-mesej positif sekali. Barulah ada positive vibes gituuu.

Hi guys, harini I nak review produk dari..

Sekarang ni nak marketkan produk dah tak payah susah-susah. Peniaga keluar je duit lebih sikit dan pilih influencer yang korang suka untuk review produk korang. Tugas influencer pula, sediakan content dan cuba pengaruhi pengikut dengan pendapat yang korang bagi.

Haa..masa nilah korang kena tarik perhatian client korang. Kalau penyampaian korang bagus dan sales client meroket bulan tu, mesti diorang tak serik untuk bagi job lagi!

Aktif, kreatif dan sensitif

Haa..kalau influencer yang korang minat update media sosial dia sebulan sekali je mesti kita akan rasa bosan dan unfollow kan? Sebab tulah influencer kena rajin buat posting dan dalam masa yang sama kreatif dan sensitif dengan isu semasa.

Contohnya, kreatif dari segi edit gambar atau video. Cuba reka sesuatu yang lain dari yang lain. Sensitif pulak bermaksud korang kena sentiasa neutral, kena peka dengan keadaan semasa dan jangan timbulkan isu-isu negatif seperti perkauman.

 U No Speaking London?

Haa..bukanlah nak cakap Bahasa Melayu ni tak bagus. Tapi sekurang-kurangnya korang kena faham dan tahu basic English. Yelah, kalau korang bercita-cita untuk dikenali sehingga ke luar negara, penting tau Bahasa Inggeris ni.

Bayangkan kalau korang dapat job untuk mempromosikan produk antarabangsa, dah tentu korang kena review menggunakan Bahasa Inggeris. Barulah followers korang nanti pun bertaraf international!

Kena ada karakter sendiri

Selalunya apa yang orang post di media sosial, tak semestinya sama dengan dirinya yang sebenar. Tapi, apa salahnya kalau korang jadi diri sendiri. Bila korang jujur dan jadi diri sendiri, lagilah followers korang meningkat.

Kalau korang ni gila-gila orangnya, tunjuk je diri korang yang sebenar. Barulah nampak konfiden!

Yang lagi penting bila jadi influencer mestilah kena ada..

Persekitaran yang cantik dan hipster! Yelah, bila dah jadi influencer ni, korang mestilah kena buat posting dengan content yang menarik. Selalunya influencer ni buat OOTD pun dah nampak macam gempak gila sebab background diorang memainkan peranan.

Haa..meh kitorang bagi korang lagi satu tips, kalau korang tinggal di ErgoHomes ni, mesti lagi senang sebab korang boleh bergaya dengan OOTD dan buat content kat belakang rumah korang je! Eh betul ke?!

ErgoHomes @ EcoForest, kediaman idaman setiap orang..

Siapa yang tak nak duduk dalam kawasan perumahan dengan kediaman mewah yang dikelilingi taman-taman hijau kan? Mesti rasa tenang dan damai je. Haa..kalau korang nak tahu, inilah konsep yang diketengahkan EcoWorld Development Group Bhd (Ecoworld) terhadap projek perumahan terbaru mereka iaitu ErgoHomes.

Merupakan sebahagian dari fasa Hazelton, ErgoHomes merupakan hartanah teres dua tingkat dengan rekaan rumah moden, berpagar dan dikawal. Bermula dengan harga RM500 ribu ke atas, ErgoHomes merupakan hartanah mampu milik yang sememangnya sesuai buat korang yang mencari rumah pertama.

Seperti namanya, ErgoHomes direka bentuk dengan prinsip-prinsip ergonomik, di mana kecekapan dan keselesaan menjadi tumpuan utama dalam merancang ruang untuk memenuhi gaya hidup yang diingini.

Uniknya ErgoHomes ni, ianya bukan seperti rumah teres biasa, sebaliknya ia mempunyai susunan 4 rumah tak berpagar dalam satu kawasan sama yang berbentuk L. Rekaan ini adalah yang pertama di Malaysia yang membolehkan korang beramah mesra dan lebih dekat dengan jiran tetangga.

Bahagian depan rumah pula dibina dengan seni bina A-frame untuk meningkatkan nilai estetika bangunan. Selain rekaan rumah moden, bentuk bangunan ErgoHomes juga adalah ideal kerana ia mewujudkan banyak ruang dan tingkap yang memberikan ventilasi serta pencahayaan semula jadi.

Setiap unit mempunyai taman peribadi berukuran 15 kaki x 15 kaki, yang membolehkan korang  menikmati pelbagai hobi dan aktiviti dengan rakan dan keluarga di ruangan ini. Nak tanam bunga ke, kolam, atau buat BBQ party pun best!

Selain itu, kawasan ErgoHomes turut dikelilingi oleh taman yang mudah diakses melalui taman peribadi setiap unit. Mudahlah untuk korang berinteraksi sesama jiran! Haa..dengan persekitaran yang unik ni juga, memang sesuailah untuk influencer bergaya OOTD nanti atau ambil sebarang gambar yang diperlukan bagi yang bekerja dari rumah tu!

Setiap ErgoHomes dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta untuk penduduk dan pelawat yang terletak hanya beberapa langkah dari rumah korang. Ini bermakna, korang dah tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak ketika bermain kerana ia merupakan kawasan bebas kereta.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Passion Area iaitu kawasan di sebelah ruang tamu khas untuk mereka yang bekerja dari rumah. Bagi influencer yang bekerja dari rumah, bolehlah korang jadikan kawasan ni sebagai mini pejabat, ruang kerja ataupun ruang aktiviti bersama keluarga.

Bila dah seharian buat kerja dan perlukan rehat, bilik tidur utama seluas 30 kaki adalah tempat yang paling sempurna buat korang merehatkan diri!

Amacam? Mesti korang dah jatuh cinta dengan ErgoHomes ni kan? Korang kena cepat tau sebab sekarang hanya 57 unit ErgoHomes sahaja yang tinggal! Memang kediaman idaman betul, dah lah mampu milik!

Oh ya, bagi korang yang inginkan ruang yang lebih besar, selain ErgoHomes, terdapat juga pilihan lain di Eco Forest seperti Garden Homes yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk dalaman yang lebih luas iaitu berukuran 30 ‘x 65’, tetapi juga mampu memuatkan sehingga tiga buah kereta di depan rumah korang. Bolehlah ajak kawan dan saudara mara ramai-ramai datang rumah lepas ni!

Untuk pengetahuan korang, unit pameran ErgoHomes sudah pun dibuka dan sedia untuk dilawati. Jom lawat galeri dan daftar sekarang untuk menikmati pelbagai keistimewaan bagi mereka yang terawal!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh berkunjung ke galeri EcoWorld atau berhubung secara langsung dengan kakitangan EcoWorld di sini.

ecoworld.my

Facebook EcoForest

SKIP THIS AD ×