
Persoalan mengenai batasan hubungan suami isteri, khususnya berkaitan bercumbu atau melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan, sering menjadi tanda tanya dalam kalangan umat Islam.
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf – ‘Jika Biar Terputus, Kita Sebenarnya Jauhkan Diri Dari Rahmat Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Lah Kongsi 4 Amalan Terbaik Yang Boleh Dilaksanakan Pada Hari Jumaat Di Bulan Ramadan
Makruh

Hal ini kerana ibadah berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan nafsu, serta setiap perbuatan yang membatalkan puasa perlu difahami dengan jelas menurut hukum syarak.
Menurut pandangan mazhab al-Imam al-Syafie juga menegaskan, seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi, bahawa bercumbu dan bermesra-mesraan dengan isteri pada siang hari ketika berpuasa adalah makruh bagi mereka yang syahwatnya tinggi.
Selain itu, bagi mereka yang mampu mengawal nafsu, perbuatan ini tidak tergolong dalam perkara yang makruh, namun sebaiknya adalah dengan meninggalkan perbuatan tersebut.
Sekiranya seseorang itu syahwatnya tinggi tetapi hanya mencium isteri tanpa mengeluarkan air mani, ibadah puasanya tetap sah.
Sebaliknya, jika bermesra-mesraannya sehingga mengeluarkan air mani, maka ibadah puasanya terbatal.
Seandainya perbuatan tersbeut tidak menyebabkan air mani keluar, ibadah puasa itu tidak terbatal.
Umpama berkumur

Pandangan ini turut disokong dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Ibn al-Khattab, yang menceritakan bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W, bahawa dia telah mencium dalam keadaan berpuasa.
Dalam pada itu, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W. mengumpamakan perbuatan mencium dengan berkumur.
Jika seseorang berkumur hingga air sampai ke dalam tekaknya, puasanya batal, tetapi jika air tidak masuk, puasanya tetap sah.
Begitu juga dengan mencium, selama air mani tidak keluar, ibadah puasa tersebut tetap sah.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan








