
Sejak kebelakangan ini, timbul isu jemaah perempuan di sesetengah masjid yang didapati enggan merapatkan saf mereka ketika menunaikan solat tarawih.
Artikel Berkaitan: ‘Kagum Non Muslim Cuba Rasa Erti Puasa, Malulah Kita Muslim Masih Cari Alasan Tak Taat’ – Ustaz Wadi Annuar
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Ingatkan Ibu Bapa Agar Tidak Biarkan Anak Berkeliaran Waktu Senja
Rapatkan saf
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur golongan Muslimat supaya merapatkan saf mereka kerana ia akan memberi kesan terhadap rahmat Allah SWT.
Merapikan saf bukan sekadar soal susunan fizikal dan hati, ia soal rahmat.
Jika kita membiarkan saf terputus-putus dan bengkang-bengkok, kita sebenarnya sedang menjauhkan diri daripada rahmatNya.
Dalam masa yang sama, Ustaz Wadi juga berkongsi potongan hadis daripada Rasulullah SAW mengenai saf yang perlu dirapatkan.
‘Luruskanlah saf-saf kamu, sejajarkanlah antara bahu-bahu, tutuplah celah-celah ruang kosong dan bersikap lembutlah dengan tangan saudara-saudara kamu.’
‘Janganlah kamu biarkan ruang-ruang kosong untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungnya (dengan rahmatNya) dan sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskannya’.
Sementara itu, Ustaz Wadi juga berharap agar bulan Ramadan ini menjadi wadah untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan memperbaiki amal soleh mereka.
Mari kita jadikan bulan mulia ini sebagai titik perubahan dan pembaikan dalam ibadah kita. InsyaAllah.
Sumber: Threads








