berita

Berebut Isteri Orang, Dua Lelaki Bergaduh Depan Warung Kopi

March 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berebut seorang wanita yang masih berstatus isteri orang, dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah warung kopi sehingga cedera akibat menggunakan senjata tajam.

Gaduh berebut isteri orang

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, hubungan rumah tangga wanita, RN terbabit bersama suaminya, JF sememangnya sedang bermasalah dipercayai berpunca apabila wanita itu yang masih bergelar isteri JF berkahwin dengan salah seorang lelaki yang bergaduh iaitu WH.

Tidak cukup dengan itu, RN kemudian menjalinkan pula hubungan sulit dengan lelaki kedua iaitu AG. Tindakan tersebut secara tidak langsung mencetuskan pergaduhan antara AG dan WH.

Selepas berkenalan dengan AG, dia jarang pulang. Hanya dua minggu sekali.

WH yang tahu isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain kemudian mengajak RN dan AG bertemu di sebuah warung kopi. AG datang dengan menyembunyikan sebilah parang sepanjang 30 sentimeter (sm) di dalam kain pelekat yang dipakai sebelum berlaku pergaduhan antara dia dan WH.

Berikutan kejadian tersebut, kedua-dua lelaki tersebut cedera pada telapak tangan dan dirawat di sebuah hospital di Surabaya, Indonesia.

Sumber: Surabaya Kompas

SKIP THIS AD ×