Di Kaduna, Nigeria seorang lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah majlis perkahwinan dan menyebabkan 18 orang maut. Menerusi laporan Barrons, 30 individu lain turut tercedera semasa insiden tersebut.
Konflik antara puak
Difahamkan, perselisihan faham sudah lama berlaku di Kaduna membabitkan petani dan pengembala. Ia dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan jajahan untuk menjalankan aktiviti dan berkaitan isu bekalan air.
Menurut jurucakap polis, Mohamed Jalinge memberitahu lokasi kejadian tersebut merupakan kawasan konflik antara puak pengembala Muslim Fulani dan petani entik Kristian. Suspek dipercayai masuk ke kampung Kukum-Daji menggunakan motosikal sebelum menembak kesemua individu yang berada di lokasi tersebut. Tambahnya, 15 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan tiga yang lain meninggal di hospital.
Manjoriti golongan lelaki muda
Ujarnya lagi, majoriti mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut adalah golongan lelaki muda. Mengenai dalang di sebalik insiden tersebut, pihak polis masih belum mengenal pasti identitinya. Walau bagaimanapun, Mohamed Jalinge enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca sebenar.
Sumber: Barrons