Foto: Nur Afifah
Tidak dinafikan perit untuk menerima kenyataan apabila individu yang kita sayang sudah pergi buat selama-lamanya. Mahu tidak mahu, seseorang itu perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Artikel Berkaitan: ‘Baru Nikah 4 Bulan Lebih…’ – Suami Akur Kehilangan Isteri Hidap Kanser Di Bulan Penuh Keberkatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Kahwin 3 Bulan, Pengantin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, Rancang Majlis Ahad Ini
Seperti perkongsian mengundang sebak ditulis seorang wanita muda dikenali sebagai Nur Afifah menerusi beberapa hantaran di laman Facebook, menceritakan sudah kehilangan suami tercinta. Al-Fatihah.
‘Berehatlah cinta hati sayang’
Foto: Tangkap layar video
Difahamkan, suaminya yang dikenali sebagai Mohamad Norezran meninggal pada 9 Julai yang lalu, (Jumaat) dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan di Bukit Lama, Balik Pulau. Ujar isteri arwah, suaminya sudah selamat dikebumikan selepas waktu Maghrib dan pada masa yang sama dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantunya dalam menguruskan jenazah.
Dukacita dimaklumkan bahawa dengan kehendak-Nya suami saya Boy atau dikenali Boy Ezran baru saja menghembuskan nafas beliau dan telah kembali ke Rahmatullah.
Alhamdulillah suami pah dah selamat dikebumikan lepas maghrib semalam. Alhamdulillah syukur Tuhan permudahkan urusan suami pah atas berkat doa kalian. Terima kasih kepada kalian yang mendoakan untuk arwah Terima kasih kepada kawan-kawan arwah sanggup menunggu arwah untuk memberi penghormatan terakhir. Semoga Tuhan saja dapat membalas jasa baik kalian untuk arwah. Semoga nama arwah Mohamad Norezran sentiasa dalam doa kalian itu ja mampu menolong arwah di sana.
‘Semoga kita berjumpa di sana’
Foto: Nur Afifah
Difahamkan, pasangan ini baru sahaja disatukan pada 21 Mei yang lalu, dan mengikut kiraan hanya sebulan 20 hari (kira-kira 50 hari) bersama. Ujar wanita cekal ini, dia berasa bangga dapat menjadi isteri arwah walaupun dalam tempoh yang singkat.
Berehatlah cinta hati sayang. Terima kasih untuk segalanya dari 2018-2021. Walaupun sebulan lebih kita berumah tangga, banyak lagi impian biy tak tercapai, sayang tetap bangga menjadi isteri Mohamad Norezran. Semoga kita berjumpa lagi di sana.
Terlibat dalam kemalangan
Sumber: Nur Afifah & Rakyat Marhaen Balik Pulau Pinang