Foto: Tangkap layar video
Rezeki, jodoh, dan ajal seseorang itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi. Sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap apa yang telah dirancangkan oleh Allah S.W.T.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Artikel Berkaitan: ‘Baru Nikah 4 Bulan Lebih…’ – Suami Akur Kehilangan Isteri Hidap Kanser Di Bulan Penuh Keberkatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terpisah’ Kerana Pandemik, Bapa Terkilan Tak Sempat Jumpa Anak Buat Kali Terakhir
Seperti beberapa video sedih dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Afiq menerusi laman TikTok tampil menceritakan sudah kehilangan individu yang dia sayang iaitu adiknya sendiri.
Suami isteri meninggal dunia
Foto: Tangkap layar video
Difahamkan, adiknya yang dikenali sebagai Syafinaz baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang tiga bulan yang lalu dan merancang untuk mengadakan majlis pada 30 Mei ini. Bagaimanapun, atas persuratan takdir pasangan ini meninggal dunia susulan terlibat dalam sebuah kemalangan ketika pulang daripada kerja.
Abang rindu hang adik, bangunlah abang rasa semua ni mimpi ja. Lepas ni sapa nak sambut birthday abang. Nak gaduh, nak cari pasal, abang tak kuat nak lalui semua ini. Adik bangunlah.
Menerusi satu komen di video tersebut, seorang peniaga menceritakan gadis ini sempat bertanyakan mengenai kanta lekap yang dijual dan berhasrat untuk membeli. Namun, hasrat gadis ini tidak kesampaian apabila dia telah dijemput menghadap Ilahi. Video tersebut dipenuhi puluhan komen yang mendoakan supaya pasangan ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah, bercinta sampai ke syurga.
Video penuh:
@afiq3194Semoga tenang hampa dua di sana, abg hanya mampu berdoa utk hampa dua adik dan adik ipar abg ##fyp? Bila Tiba – UNGU
@afiq3194Abg doa semoga hampa dua ditempatkan dikalangan orang ii beriman, cinta hampa sampai ke syurga jannah dan sehidup ssemati ##fyp? Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth
@afiq3194Abg rindu hg adik, abg doa semoga hg adik ditempatkan dikalangan orang ii beriman Rumah sunyi tanpa hg adik sejak yg tinggal kami buat selama-lamanya? bunyi asal – AFIQ
Al-Fatihah
Sumber: Afiq