berita

Bergaduh Dengan Isteri, Lelaki Bawa Lari Isteri Sebelum Ditahan Polis

November 20th, 2021 | by Iman
Kini Trending

 

Seorang lelaki warga asing dipercayai melarikan isterinya sendiri telah ditahan polis. Tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis telah pun dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada 10,30 malam pada Selasa lalu.

Terdengar jeritan

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, pengadu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan seorang perempuan dan dipercayai dilarikan dengan menaiki kereta Proton Satria di Jalan Bukit Kapar.

Bertindak di atas maklumat, pada 10 malam keesokan harinya, sepasukan polis ke Perak dan menangkap seorang lelaki warga asing dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Semasa tangkapan, mangsa didapati berada bersama suspek.

Ujarnya, siasatan mendapati, mangsa berumur 17 tahun dan suspek pula berusia 20-an. Kedua-duanya merupakan warga asing berasal dari negara yang sama dan telah berkahwin tanpa mendaftarkan perkahwinan mereka. Ketika kejadian berlaku mangsa dipercayai menunggang motosikal dan kemudiannya ditahan oleh suspek yang menaiki kereta terbabit.

Siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara mangsa dan suspek mengenai hal rumah tangga

Walau bagaimanapun, suspek direman selama 14 hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sumber: Anak Jati Bukit Kapar, Harian Metro.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×