Penyanyi Zynakal membuat pengakuan yang dia pernah berhenti belajar serta merta ketika menuntut di sebuah universiti awam.
Dah penat belajar
@miro.faizal Padu brother ni @zynakal blah dari university cmtu je ? #zynakal #borakdenganmiro #fyp? #videomotivasi #bipolardisorder #adhd #teamadhd ? original sound – Amiro Faizal Azali
Akui Zyn, penat menjadi punca utama dia menamatkan rutin sebagai penuntut diploma. Kata rapper berumur 23 tahun ini, keputusan untuk melanjutkan pengajian adalah dari ibunya dan dia hanya sekadar memenuhi permintaan.
Pada awalnya rancang nak sambung di Aswara. Tetapi tak sempat kerana saya terlewat daftar dan hantar borang. Mak saya pula masih push saya untuk sambung jadi saya memilih UiTM Shah Alam.
Di sini bermulanya perjalanan ‘nakal’ saya. Ia terjadi sebab saya berada di sekolah asrama selama lima tahun. Ia seperti penjara kerana kami tidak terdedah dengan dunia luar, outing pun seminggu sekali pada hujung minggu.
Jadi, saya macam dah penat belajar dan waktu itu, saya mahu guna otak (untuk hal lain) dan nak keluar (dari dunia pembelajaran). End up, tak boleh terus belajar.
Pemilik nama lengkap Muhammad Raziq Rosli menyatakan ‘akal pendek’ itu membuatkan dia meninggalkan semua barang di loker bilik.
Saya memang tinggalkan universiti macam tu saja. Barang-barang seperti beg, baju, pomade semua saya tinggalkan dalam loker.
Rakan sebilik call dan tanya saya kat mana, jadi saya beritahu dia yang saya dah habis belajar. Barang-barang yang saya tinggalkan tu mungkin boleh dijual kepada sesiapa yang berminat.
Itu hal sebenar yang saya perlu korbankan. Anda perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.
Bukan satu inspirasi
Namun, di ruangan komen rata-rata netizen menentang dengan tindakan pelantun lagu Sakit yang mengabaikan pelajaran di usia muda.
Pada 2019, Zynakal pernah menjalani rawatan dan pemulihan untuk masalah Bipolar Mania yang dialaminya.
Sumber: TikTok @miro.faizal