Di Instagram, Dato Hattan meluahkan rasa bimbang sebaik sahaja melihat jumlah kes Covid-19 di Malaysia. Pada masa yang sama, pelantun suara ‘Mahligai Syahdu’ ini ingin mengetahui perancangan sebenar yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan berikutan peningkatan kes tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Nilai 3 Dekat Negeri Sembilan Woi’ – Hattan
Berhenti berpolitik dulu
Assalamualaikum. Seminggu saya tak bersiaran. Hari saya nak cakap. Sejak semalam kes dah cecah 20 ribu. Dekat jalan kereta pun dah semakin penuh. Dah macam tak ada SOP. Saya tahu dan faham mereka nak cari makan. Saya nak tahu apa plan untuk rakyat sebenarnya ni? Dah dua tahun tak ada kerja, show dan income. Tak ada apa pun. So sekarang ni dia kata tunggu fasa1, 2 dan 3. Sekarang ni, bila Selangor nak masuk fasa 2 kalau kes meningkat macam. Jadi berhenti berpolitik dulu.
Menurut Hattan, dia tidak tahu sampai bila kes Covid-19 ini akan terus meningkat khusunya di negeri Selangor. Tambah Hattan, dia berharap ahli politik memberi fokus utama terhadap rakyat terlebih dahulu berbanding hal-hal politik yang lain. Ujar Hattan, masih ada ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup mengikat perut dan hilang tempat berteduh semasa pandemik ini. Sebagai anak seni, Hattan turut merasai perkara yang sama apabila tidak dapat bekerja dan melakukan persembahan.
Netizen pun jaga SOP
View this post on Instagram
Sebagai netizen kita kena jaga SOP dan jangan asyik nak mengadu saja. Bila kerajaan bantu kita, kita bantu kerajaan pula. Benda ni kena ada timbal balik. Nak politik semua lepas ni boleh. Kita selesaikan isu yang lebih penting dahulu.
Di akhir video, Hattan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama membantu pihak kerajaan bagi mengurangkan kes Covid-19 di negara ini. Jelas Hattan, netizen perlu patuh SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi kebaikan bersama.
Sumber: Hattan