Sebagai pereka suit dan texido yang selalu bekerjasama dengan Aliff Aziz, Razman Razmi berharap penyanyi kelahiran Singapura itu dan isterinya, Bella Astillah tabah menghadapi ujian yang melanda kali ini.
Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif
Semoga Allah pelihara kalian
Menerusi posting di Instagram Story Razman Razmi, mereka berdoa agar Aliff dan Bella sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan Allah.
Kalian berdua, jangan putus harapan. Kami doakan kalian tabah hadapi ujian kali ini.
Di samping itu, Razman Razmi turut meninggalkan pesanan buat netizen agar jangan berhenti berdoa perkara yang baik buat pasangan itu.
Di bulan baik ini, marilah kita pohonkan kepada Allah. Hari ini mereka diuji lagi. Ini masa fasa sedih mereka. Satu masa nanti, akan ada ujian untuk kita pula. Berhenti menghina dan mendoakan yang tidak baik. Jangan hentikan rezeki sesiapa pun.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.
Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).
Berikutan daripada kontroversi yang berlaku, Bella nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Sumber: Razman Razmi