berita

Berhenti Kerja Kerana Mahu Jaga Ayah Sakit, Apa Yang Dilakukan Majikan Ini Harus Dicontohi

June 5th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Mempunyai ketua atau majikan yang baik hati merupakan satu rezeki buat para pekerja. Ketua yang memahami penat lelah anak buah dan tidak mengambil kesempatan diakui disayangi ramai.

Seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini di LinkedIn, dia terpaksa menghantar surat berhenti kerja selepas sebulan mendaftar masuk. Bapanya jatuh sakit dan dia mahu menjaga bapa di hospital. Namun, respon yang diberikan majikan sungguh tidak disangka!

Rezeki dapat bos baik

‘Ambil cuti sebulan, tak perlu resign’

Viral di laman Twitter, perkongsian lelaki ini mendapat respon positif daripada orang ramai. Ramai yang kagum dengan peribadi mulia yang ditunjukkan majikan ketika pekerja dilanda kesusahan.

Lelaki ini difahamkan terpaksa meletakkan jawatan kerana mahu menjaga bapa yang sakit. Tidak menerima peletakan jawatan, boss mencadangkan dia mengambil cuti selama sebulan sehingga masalah selesai.

Selepas dua minggu menjaga bapa di hospital, bapa telah meninggal dunia. Namun, dia diuji sekali lagi apabila kehilangan satu-satunya abang yang baru berusia 29 tahun. Sepanjang pengebumian, sekali lagi bossnya berada di sisi menemani. Dia tinggal sebatang kara di dunia tanpa ibu bapa dan adik beradik, itu merupakan perkara paling menyedihkan dalam hidup sehinggakan dia mengalami tekanan perasaan.

Selepas dia kembali bekerja, majikannya adalah satu-satunya individu tempatnya mengadu. Pada Mac 2020, dia akhirnya berkahwin dan dia mahu majikannya menjadi saksi pernikahan. Dia mahu nama majikan tertulis di borang nikah supaya suatu hari nanti dia akan menceritakan kebaikan majikan kepada anak-anak.

Sumber: azrulazwarsam, Mohamad Fitree

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×