berita

Berhenti Mainkan Perasaan Saya – Letih Diaju Soalan Sama, Zulin Minta Peminat Doakan Yang Terbaik

December 5th, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

zulindpSiapa tak kenal dengan Zulin Aziz kan? Pelakon dan pengacara yang terkenal dengan perwatakan kelakar nya. Tambah pula sekarang Zulin semakin cun sejak perubahan badannya yang semakin slim. Pencapaian yang boleh dibanggakan. Kalau sebelum ni kita memang tahu yang Zulin dan Ariz Forteen agak rapat bagai pasangan kekasih.

Namun, baru-baru ini Zulin Aziz ada memuat naik sekeping foto dengan ‘caption’ yang berkias buat peminat yang sering mengajukan soalan yang sama. Soalan apa agaknya? Apa apa pun kita doakan terbaik buat mereka. Kalau ada jodoh tak kemana kan?

‘Saya senang jujur’- Zulinzulin1

Saya tak pandai nak sorok apa-apa.saya senang jujur dengan apa saya rasa. Kalau kawan maka kawan kalau lebih saya mengaku.. setiap hari saya dihujani dengan soalan yg sama..saya sayang anda semua saya juga tak mau bg harapan apa2 pada anda… Kalau tanya soal jodoh..jodoh itu rahsia Allah… saya juga menunggu jawapannya.Saya manusia daif yg selalu sakitkan hati sendiri dan saya nak bangkit dari perasaan itu.Doakanlah saya semoga saya berjumpa dengan jodoh yg baik yang mampu membimbing saya…menjaga saya dan terima saya apa adanya.

Nak kuruslah nak inilah itulah semuanya plan hidup saya nak jadi yg baik dari sebelumnya.tapi saya tetap saya.Saya kerja hiburkan hati org tapi susah utk org hiburkan hati saya ..saya seorang yang sensitive…mudah terasa hati walau pekara kecil, nak perhatian mungkin???jadi setiap kali saya down saya cuba untuk cari semangat baru dan selalunya kalau saya merajuk saya yang pujuk hati saya sendiri ??. Saya tak punya wang berjuta,tak punya fiZikal menarik tapi saya punya jiwa yg besar untuk org2 yg saya sayang. Itu cara saya menghargai seseorang.

Saya bukan manusia pandai main dengan kataarilzulin

Saya juga bukan manusia pandai main kata-kata. saya selalu buat dengan perbuatan.Dan bila hati saya merasakan ianya tak dihargai maka saya berhenti.tapi selagi saya masih diperlukan saya akan sentiasa ada disisi dan saya berdoa semoga saya dijauhkan dari manusia busuk hati…Kalau punya niat mainkan hati perasaan saya atau sewaktu dengannya maka berhentilah..saya tak akan jatuh kerana itu ..sebab Saya gadis kuat ???-Dairi seorang zulin #bethebestversionofyou #staystrong #loveyourself #bebetter #akusudahbiasa

Video Zulin dan Ariz memerli ke?

https://www.instagram.com/p/BNicZsHjRjH/?taken-by=zulinaziz

 

Zulin dan Ariz memang terkenal dengan video meraka yang kelakar dan sweet. Mungkin ramai peminat yang menganggap mereka bermusuh. Jadinya Zulin dan Ariz buat comeback video. Macam perli je. Hihi

Apa apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka. Jodoh kan di tangan tuhan. Siapa lah kita untuk persoalkan. Biarlah mereka berdua hendak berkawan, apa salahnya. Betul tak?

Sumber : Zulin Aziz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×