Di Instagram, personaliti televisyen iaitu Aidid Marcello dan isteri mengaku bahawa mereka berdepan keputusan sukar apabila memberhentikan anak-anak daripada sekolah rendah dan menengah untuk dihantar ke sekolah pendidikan agama.
Bukan untuk riak
Menurut Aidid, dia tidak mahu dituduh sebagai seorang yang riak selepas berkongsi mengenai perkara tersebut. Sebaliknya, dia mahu netizen menitipkan doa yang baik buat ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Iman, Yusuf dan Ibrahim.
Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak dan sombong, tapi sebab aku bangga dengan mereka serta happy dengan panggilan ini. Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada Dila dan Ustaz Johari kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
Kepada isteriku yang aku tahu, dia memang jenis yang firm, well research, korek segala info gila-gila dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak-anak dia. Tapi kali ni, kami tak tahu macam mana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati dan tenang memberhentikan anak-anak kami dari sekolah rendah dan menengah untuk masukkan mereka ke Akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukkan. MasyaAllah.
Biarpun jarak akademi tahfiz tersebut jauh berbanding sekolah lama anak-anak, Aidid berkata dia sangat teruja walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas. Berbicara mengenai masa depan anak-anak, Aidid dan isteri menyerahkan segalanya kepada Allah.
Kita memang boleh rancang, tapi Dia yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah anak 5 minit dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah trafik hantar sejauh 25km. Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah dan ibu. Dan aku juga nak share, jangan sesekali kita sangsi dengan apa yang Dia akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak-anak aku start lambat. Biarlah mereka nak jadi apa sekalipun lepas ni, asalkan Quran dah ada di dada.
Sumber: Aidid Marcello