berita

Beri Alasan Mahu Wang Segera Untuk Jaga Bapa Hidap Kanser, Isteri Orang Perdaya 18 Lelaki Serentak Demi Hidup Mewah

August 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Shanghai, China, seorang model telah ditahan polis kerana didakwa menipu ramai lelaki. Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lebih dua tahun, wanita yang dikenali sebagai Wu itu turut menjalin hubungan dengan ramai lelaki sejak 2017.

Berpura-pura nak kahwin

Menerusi laporan Newsnpr, Wu dipercayai berkenalan dengan 18 lelaki pada masa yang sama. Lebih teruk, Wu berpura-pura bersetuju untuk berkahwin dengan kesemua lelaki, malah mengambil gambar pra-perkahwinan untuk meyakinkan mereka semua. Sikap dan kesungguhan Wu berjaya membuatkan ramai lelaki jatuh cinta kepadanya sehingga ada yang mula memanggilnya sebagai ‘isteri’ ketika berbual secara dalam talian. Apabila mengetahui ‘jerat sudah mengena’, Wu mula meminta wang daripada mangsa.

Hasil soal siasat, Wu telah menipu dan berkata dia memerlukan wang segera untuk menjaga bapanya yang sudah tua dan menghidap kanser. Di samping itu, Wu mahu meminjamkan wang tersebut kepada abangnya untuk membeli apartmen atau menjamin sepupu keluar dari penjara. Wu juga mendakwa mewarisi harta berharga tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar cukai. Percaya dengan kata-kata dan alasan yang diberikan, kesemua mangsa mula mengikut kehendak Wu. Malah, ada dalam kalangan mangsa yang menjual harta untuk memindahkan wang kepadanya.

Mangsa buat laporan

Lama-kelamaan, sesetengah daripada mangsa mula mengesyaki helah Wu kerana dia cuba mengelak apabila diminta untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Mangsa turut menuntut wang kembali yang dipinjamkan oleh Wu dan mengancam untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Oleh kerana takut, Wu kemudiannya memulakan ‘skim Ponzi’ dengan menggunakan wang diperoleh daripada teman lelaki baharu untuk membayar balik hutang bekas teman lelakinya.

Helahnya terbongkar selepas seorang mangsa melaporkan penipuan wanita itu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa kemudian menahan wanita itu di sebuah apartmen, yang disewa bersama suami dan anak lelakinya.

Sumber: Newsnpr

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×