berita

Beri Alasan Tidak Tahu, Wanita Gelang ‘Pink’ Keluar Dari Kawasan Temco Dikompaun

August 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Jitra, Kedah, seorang wanita berusia lingkungan 30-an, ditahan oleh pihak polis selepas berjaya memboloskan diri keluar dari luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco). Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut dipercayai memakai gelang merah jambu.

Beri alasan tidak tahu

Penangkapan wanita tersebut berlaku apabila pihak pengurusan sebuah pasar raya di Jitra memaklumkan kepada polis bahawa mereka melihat ada seorang wanita memakai gelang merah jambu di pasar raya berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, individu yang memakai gelang merah jambu hanya dibenarkan keluar kira-kira satu kilometer di kawasan Temco saja dan jika melebihi had dibenarkan, mereka akan dikenakan tindakan.

Kes itu disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Berkemungkinan besar dia keluar melalui lorong tikus kerana semua jalan besar kita dah tutup di lapan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan sejak 3 Ogos lalu sepanjang Temco berkuat kuasa sehingga terlepas ke pasar raya itu.

Namun, wanita itu memberi alasan tidak tahu dia hanya dibenarkan membeli barangan di kawasan Temco saja. Wanita itu juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati bersalah keluar dari kawasan dibenarkan.

82 kompaun telah dikeluarkan

Mengulas lebih lanjut mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Temco, Ismail memaklumkan sebanyak 82 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak kepada masyarakat. Ini kerana, mereka telah ingkar peraturan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah tersebut.

Seramai 224 anggota polis ditempatkan dalam penugasan Ops Covid yang turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Setakat ini, semua penduduk di tiga kawasan iaitu Napoh, Jitra dan Megat Dewa sudah menjalani ujian swab kesihatan berikutan penularan kluster PUI Sivagangga di daerah ini bulan lalu.

Tambah beliau lagi, sebelum ini rata-rata penduduk takut untuk menjalani ujian swab kerana bimbang dikuarantin dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan bekalan makanan mereka habis. Justeru itu, agensi berkaitan telah menghantar bekalan makanan ke beberapa kawasan rumah penduduk yang terjejas.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×