berita

Beri Kelainan Luar Biasa, ‘Back To You’ Papar Konflik Keluarga Berlainan Kaum & Agama

August 28th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Malaysia. Selain menunjukkan semangat kemerdekaan, masa cuti ini juga boleh diisi dengan menonton program-program menarik di hari bersejarah itu.

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, 8TV juga tidak ketinggalan menyajikan telefilem yang lain dari lain untuk menghiasi hari cuti anda.

Cai Yun ‘dibuang’ keluarga

Peminat setia telefilem tempatan jangan lepaskan peluang menonton Back To You. Ia merupakan satu telefilem istimewa kerana jalan ceritanya berbeza daripada cerita-cerita lain. Pengarah, Simon Long dan Moo Siew Keh menampilkan idea menarik dengan menghasilkan sebuah telefilem yang berunsurkan perbezaan agama dan budaya.

Telefilem ini mengisahkan seorang ibu, Xiu Min yang terpaksa menyerahkan salah seorang anak kembarnya, Cai Yun kepada keluarga lain kerana masalah kewangan yang dihadapi dan atas desakan suaminya pada 28 tahun yang lalu.

Xiu Min kemudian diberitahu bahawa keluarga angkat anak gadisnya itu telah muflis dan mereka telah meninggalkan Cai Yun di rumah anak yatim. Selepas itu, Xiu Min tidak menerima apa-apa berita tentang anak gadisnya.

Dibesarkan oleh keluarga Muslim

Zhi Cheng yang merupakan adik beradik kembar Cai Yun berusaha untuk mencari gadis itu akhirnya berbuah hasil apabila mengetahui keberadaannya. Xiu Min sangat teruja untuk berjumpa dengan anak gadisnya akhirnya terkejut melihat penampilan Cai Yun yang berhijab dan fasih berbahasa Melayu.  Cai Yun merupakan gadis berbangsa Cina yang telah dibesarkan oleh keluarga Muslim.

Namun dapatkah Cai Yun menerima ibu kandung yang telah ‘membuang’ nya pada suatu ketika dahulu? Atau dapatkah Xiu Min memujuk anak gadisnya itu?

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Back To You yang menampilkan pelakon-pelakon hebat drama Melayu dan Cina seperti menggandingkan Azizah Mahzan, Jasmin Suraya Chin, Ernest Chong, Remon Lim, Charlie Numan Salleh, dan Yuna Rahim.

Jangan lupa saksikan 31 Ogos ini

Telefilem yang menampilkan elemen kekeluargaan daripada pelbagai bangsa dan agama ini pastinya akan menyentuh hati ramai orang. Jadi, jangan lupa saksikan Back To You yang akan bersiaran pada 31 Ogos jam 8.30 malam, menerusi slot Primori8 eksklusif hanya di 8TV.

SKIP THIS AD ×