berita

‘Beri Pinjaman Micro BSN Buat PKS’ – Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Pakej Prihatin Tambahan

April 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) bagi membantu perniagaan mikro dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi impak penularan COVID-19.

Pakej rangsangan khas dirangka selepas beberapa perjumpaan antara Kementerian Kewangan dan wakil PKS yang turut membabitkan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corp.

Memberi pinjaman tanpa faedah

Antara cadangan dikemukakan peserta sektor PKS sebelum ini adalah pemberian pinjaman khas tanpa faedah, kenaikan subsidi upah dan pengecualian cukai pendapatan. Berdasarkan tinjauan Persatuan PKS Malaysia, 82 peratus PKS menjangkakan akan menghadapi kerugian tahun ini kerana tiada pendapatan, manakala 15 peratus pula hanya mencatatkan balik modal.

Perniagaan mereka amat terjejas. PKS merupakan tunjang ekonomi negara kita. Antara cabaran aliran tunai perniagaan adalah tidak dapat berniaga sepanjang PKP. Isu pentadbiran menghalang akses segera dalam Pakej Prihatin bagi golongan PKS. Antara yang inisiantif Prihatin Tambahan sejumlah 10 billion untuk meringankan bebanan PKS dan menjamin 2/3 dari pekerja seluruh Malaysia.

Pertama, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah.

Kedua, mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.

Di samping meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan juga akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan yang telah diumumkan.

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah.

  1. Pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini.
  2. Kedua, mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS.
    Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
  3. Ketiga, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.

Selain itu, tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan berkenaan. Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian. Untuk membantu pengusaha PKS memahami inisiatif-inisiatif yang saya umumkan tadi.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×