Baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49. Menurut Melly, dia telah menerima beribu-ribu hadiah daripada keluarga, kenalan rapat dan peminat. Wow!
Artikel berkaitan: Melly Goeslaw Berjaya Turun 25kg Selepas Jalani Bariatrik – ‘Badan Lebih Ringan & Diabetis Pulih 100 Peratus’
Artikel berkaitan: 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Melly Goeslaw Bakal Adakan Konsert Awal Tahun Hadapan – Wajib Pakai Seragam Sekolah!
Asalkan kamu ada
View this post on Instagram
Meskipun menerima hadiah terlalu banyak, Melly berkata suaminya, Antohhoed merupakan hadiah yang paling indah buat dirinya selama ini. Tambah Melly, kehadiran Ale dan Abe dalam hidup mereka ternyata membuatkan dirinya berasa beruntung sebagai hamba Allah. Di samping itu, Melly meluahkan rasa bahagia dan bersyukur kerana sudah memiliki segalanya pada usia 49 tahun.
Asalkan kamu ada, asalkan kamu hidup. Asalkan setiap hari aku bisa memelukmu. Itu sudah sangat lebih dari cukup. Orang lain boleh punya Dilan, punya Rangga, punya Galih, Fajar, Reyhan. Bahkan lelaki teromantis yang ada di dunia, kamu tetap terindahku @antohhoed .
Sumber: Melly Goeslaw