Sejuk hati bila dapat tahu seseorang yang asalnya bukan Muslim berhijrah ke agama Islam. Alhamdulillah.. Salah satu perkara yang kita ingin tahu ialah apakah faktor atau sebab seseorang itu tergerak hati untuk memeluk agama Islam.
Pelakon, Adam Corrie menceritakan saat bagaimana tergerak hati untuk memeluk agama Islam. Rasanya ramai yang ingin tahu kan? Sesungguhnya Allah S.W.T maha besar..
“Saya masih ingat lagi…”
Saya masih ingat lagi.. pada waktu sebegini 3:30 pg pd 13/7/2007 iaitu 8thn yg lalu…
Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum Islam)…
Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah;“Ya Allah , sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk.”
Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang.
Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
Dengan perkongsian kisah ini pastinya Adam Corrie telah menjawab peminat yang ingin sangat tahu macam mana Adam Corrie ingin kembali pada Fitrah.. Sesunggunya Allah S.W.T maha berkuasa dan memberi hidayah dalam pelbagai cara.
Sumber: Facebook Adam Corrie