berita

“Berilah Zam Peluang Untuk Betulkan Kesilapan Diri Zam…” Tonton Macam VIP Drama Baru Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam!

June 28th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Selepas kejayaannya memegang watak utama di dalam drama Istikharah Cinta dan Inikah Cinta, Zul Ariffin kembali membintangi sebuah drama wajib tonton, ‘Tarik Aku ke Syurga’.

Drama adaptasi novel ‘Tarik Daku ke Syurga’ karya penulis Haitun Kamarazaman ini bakal ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat pada jam 10 malam di slot Samarinda di TV3.

Drama yang berkisarkan tentang kehidupan seorang kaki perempuan yang dipaksa menikahi wanita pilihan ibunya ini bakal membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Nelissa Nizam, Keith Foo, Lisdawati, Ayra Messi dan ramai lagi. 

Nak tahu apa lagi yang menarik dengan drama ni? Jom kami kongsikan!

Nikah untuk tebus kesalahan

Selepas bertahun hidupnya dikelilingi wanita, hidup Zamri (Zul Ariffin) mula berubah setelah ibunya mengetahui gaya hidupnya yang ternyata jauh berbeza dengan ajaran keluarga.

Zamri terpaksa menikahi Zara (Nelissa Nizam), wanita yang tidak pernah dikenali bagi mendapatkan keampunan dan menebus kesilapan terhadap ibunya. 

Sedang dibebani kemelut dengan ibunya, satu lagi malapetaka datang menimpa apabila bekas kekasih Zamri datang membawa sesuatu yang bakal mengubah seluruh hidupnya. Kehadiran Ricky pula menambah kekusutan yang ada di antara Zamri dan Zara. 

Nak tahu apa kesudahan Zamri dengan Zara? Korang kena lah tengok sendiri drama ni nanti. Confirm layan habis!

Tonton dengan iQIYI

Selain dari menonton terus di TV3, drama ini ini juga boleh ditonton aplikasi penstriman digital iQIYI atau laman web iQIYI Malaysia. Setiap episod baru akan disiarkan di aplikasi ini sejam selepas tayangan di TV. Jadi, korang tak perlu risau lagi kalau terlepas drama kegemaran korang!

Bukan drama ni je tau ada, korang juga boleh layan banyak lagi drama-drama tempatan, K-drama, C-drama, anime terbaru dan juga pelbagai variety show!

Tonton secara VIP tanpa gangguan iklan di iQiyi!

Khas untuk semua pengguna VIP iQIYI, korang boleh menonton drama Tarik Aku Ke Syurga dan drama lain di iQIYI tanpa gangguan iklan!

Bukan tu je tau, korang juga boleh menonton drama kegemaran korang dengan audio yang gempak sebab iQIYI ada Dolby Atmos. Boleh terus feeling macam tengok kat wayang!

Selain tu, korang juga boleh menonton drama kegemaran korang secara HD penuh 4K! Tak payah nak mengeluh tak clear lah tak nampak lah.

Nikmati juga akses 6 bulan iQIYI VIP PERCUMA dengan Celcom Xpax Tanpa Had serta internet pantas untuk penstriman video berkualiti HD. Tunggu apa lagi, cepat tebus sekarang!

Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store dan Google Play Store untuk pengalaman menonton seperti VIP sekarang!

SKIP THIS AD ×