Body Intergrity Identity Disorder (BIID) atau ‘Transable‘ merupakan simptom apabila seorang individu yang sihat merasakan diri mereka sepatutnya dilahirkan cacat atau kurang upaya.
Di North Carolina, Amerika Syarikat, Jewel Shuping merupakan salah seorang individu yang mempunyai simptom tersebut. Menerusi laporan Dailymail.co.uk, Jewel sanggup mencacatkan dirinya untuk merealisasikan impian sejak kecil.
Body Intergrity Identity Disorder
Menurut Jewel, dia disahkan mempunyai masalah Body Integrity Identity Disorder (BIID) selepas mempunyai keinginan untuk menjadi orang buta sejak kecil.
Ibu selalu jumpa saya berjalan di ruang tamu pada waktu malam, ketika itu saya berusia 3 atau 4 tahun. Ketika berusia 6 tahun, saya masih ingat apabila berfikir tentang menjadi buta, ianya membuatkan saya berasa selesa.
Tambahnya, dia akan menghabiskan masa berjam-jam untuk menatap matahari meskipun ibunya telah memberitahu bahawa matanya akan rosak. Ujarnya lagi, ketika usianya meningkat remaja, dia sudah memakai kaca mata berwarna hitam dan membeli tongkat. Manakala, dia menguasai Braille pada usia 20 tahun.
Guna pencuci longkang
Kesungguhan Jewel untuk menjadi buta menjadi realiti apabila dia berjumpa seorang ahli psikologi yang sanggup membantunya menjadi buta.
Proses itu dimulakan dengan meletakkan beberapa titis ubat bius ke dalam mata sehingga memberi kesan kebas. Seterusnya, beberapa titik cecair pencuci longkang dituang ke dalam kedua-dua mata. Proses tersebut sangat menyakitkan.
Mata saya sakit dan cecair pencuci longkang itu mengalir di pipi dan kulit saya rasa terbakar. Tapi pada ketika itu, saya hanya berfikir tentang buta dan semuanya akan baik sahaja. Saya betul-betul rasa yang saya sepatutnya dilahirkan sebegini, saya sepatutnya buta sejak lahir.
Di samping itu, pasukan perubatan cuba menyelamatkan penglihatan Jewel namun ianya sudah terlambat. Mata Jewel menjadi buta selepas enam bulan melakukan perbuatan tersebut. Katanya lagi, dia akan rasa kecewa seandainya dia masih mampu melihat.
Sumber: Dailymail.co.uk