berita

Berjauhan Semasa PKP, Bella Astillah Buat Kejutan Jantina Anak Kedua Kepada Aliff Aziz

May 14th, 2020 | by Shahira
Lensa Insta

Persoalan mengenai jantina anak kedua pasangan pelakon Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah yang bakal dilahirkan pada Julai depan akhirnya terjawab. Berita gembira tersebut diumumkan oleh pasangan merpati dua sejoli ini menerusi Instagram (IG) Live pada 13 Mei 2020.

‘Baby gender reveal’

Menurut Aliff Aziz dalam IG Live tersebut dia masih belum tahu jantina bakal cahaya matanya itu memandangkan Bella merahsiakan perkara itu daripadanya. Tambah Aliff lagi, dia tidak kisah sama ada bayinya itu perempuan ataupun lelaki tetapi yang paling penting sihat.

Little sister atau little brother? Saya masih tak tahu jantina anak kedua saya, sebab isteri merahsiakan hal itu. Jadi, hari ini kami akan dedahkan jantinanya.

Pendedahan itu terpaksa dibuat menerusi IG Live kerana Aliff masih berada di Singapura berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara Bella kini berada di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, sepanjang pendedahan jantina bayi itu berlangsung, Aliff turut ditemani oleh ibu bapa serta adik beradiknya yang lain.

Bakal timang bayi perempuan

https://www.instagram.com/p/CAIeqZcAXfS/

Difahamkan, Aliff perlu memecahkan belon yang dikirimkan kepadanya itu dan di dalam belon tersebut terdapat confetti berwarna di mana ianya akan menentukan jantina bakal cahaya mata kedua mereka. Aliff dan ahli keluarganya kelihatan tidak sabar dan teruja untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan Bella tidak lama lagi. Sebaik sahaja Aliff memecahkan belon, kesemua mereka menjerit keriangan apabila melihat confetti berwarna merah jambu yang tersimpan di dalam belon tersebut yang melambangkan bayi perempuan.

Sementara itu menerusi akaun Instagram milik Aliff, dia meluahkan rasa syukur atas kejutan yang diberikannya kepadanya. Dalam kesempatan itu juga dia berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan buat mereka sekeluarga dan Aliff turut meluahkan rasa penghargaan buat Bella kerana sentiasa kuat dalam menempuhi segala ujian.

Sumber: Bella Astillah, Aliff Aziz

SKIP THIS AD ×