berita

Berjaya Bawa Watak ‘Anak Ikan’ Dengan Baik, Afieq Shazwan Terima Banyak Tawaran Jadi ‘Sugar Baby’

January 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Afieq Shazwan

Gara-gara berjaya membawakan watak ‘anak ikan’ dengan baik dalam drama bersiri Rampas Cintaku musim pertama, pelakon Afieq Shazwan mendedahkan dia ada menerima tawaran menjadi ‘sugar baby’.

Artikel Berkaitan: ‘Doktor Pun Tak Tahu Virus Apa, Setiap Empat Jam Ambil Darah’ – Afieq Shazwan Risau Ibu Masuk Hospital

Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha, Afieq Shazwan Akui Sedikit ‘Down’ – ‘Saya Akan Lebih Memilih Babak Untuk Jaga Sensitiviti’

Offer jadi sugar baby

Afieq Shazwan

Ketika ditemui OhBulan!, Afieq berkata dia menerima tawaran tersebut beberapa kali menerusi mesej pesanan ringkas (DM) di Instagram miliknya.

Bagaimanapun jelas Afieq, dia menganggap itu hanyalah satu bentuk penipuan atau scammer dan bertindak menyekat akaun tersebut.

Ada yang DM saya dan tawarkan untuk ajak saya jadi anak ikan. Saya rasa itu semua tindakan ‘scammer’ sahaja dan terus saya ‘block’.

Mereka tidak beritahu berapa amaun yang ingin diberikan tetapi mereka kata ‘benda boleh bincang’. Saya ingatkan kes begini hanya ditawarkan kepada golongan wanita, rupanya lelaki pun ada.

Secara realiti saya memang kurang selesa dengan orang-orang suka mengupah orang lain untuk kepuasan mereka.

Selepas berlakon Rampas Cintaku musim yang pertama saya lihat sendiri kes yang nak upah jadi anak ikan itu memang betul-betul wujud dan ia amat menakutkan.

Afieq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan bersiri drama Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, ketika diminta berkongsi mengenai penglibatan pada musim kedua, aktor berusia 27 tahun itu akui ada perubahan karakter yang dibawakan dalam drama terbitan MIG Production itu.

Musim pertama sebenarnya lagi buat saya rasa takut berbanding musim kedua. Sebabnya musim terdahulu nak buat aksi mesra itu macam kekok lagi, untuk yang kedua sudah ada alasan sebab ia kesinambungan.

Tambahan lagi, musim pertama saya hanya memegang watak kekasih kepada watak Fasha, tetapi yang musim kedua saya pegang watak suami.

Saya pun lebih selesa bekerja dengan semua pelakon dan krew produksi. Watak saya akan terlihat berbeza nanti, kalau dulu baik tetapi yang kedua ini sedikit nakal.

Selain Afieq, Rampas Cintaku 2 turut dibarisi Erra Fazira, Fasha Sandha, Zamarul Hisham, Keith Foo, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Rampas Cintaku 2 akan mula disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT) iQIYI Malaysia, bermula 19 Januari 2023.

SKIP THIS AD ×