berita

Dikecam Kerana Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha, Afieq Shazwan Akui Sedikit ‘Down’ – ‘Saya Akan Lebih Memilih Babak Untuk Jaga Sensitiviti’

November 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Afieq Shawan Fasha Sandha

Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan mengakui dirinya sedikit ‘down’ selepas menerima kecaman dari wargamaya susulan memuat naik beberapa gambar adegan mesra bersama pelakon berpengalaman, Fasha Sandha di Instagram (IG) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Afieq Shazwan Minta Izin Aidil Aziz Lakonkan Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha – ‘Dia Memahami’

Terfikir nak berhenti berlakon

Afieq Shazwan Fasha Sandha

Ketika ditemui OhBulan!, Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia juga pernah terfikir untuk tidak lagi menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas ini.

Adalah juga saya rasa macam tu sampaikan saya cakap dengan pengurus saya, ‘Dah lah bang, saya tak nak berlakon dah lah’.

Sebab waktu itu saya rasa ‘down’ sekejap tetapi itulah bidang seni. Apa yang saya boleh katakan sekarang ni saya memilih sikit untuk lakonkan sesuatu babak tu.

Bukan sebab saya ni bagus ke apa cuma saya takut benda-benda yang sensitif seperti ini berlaku lagi.

Afieq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu penggambaran filem Saka Perawan yang diadakan di Teratak Angah Chalet, Kemensah pada petang Isnin.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Lelaki Di Telefon’ memaklumkan bahawa dirinya mengambil maklum mengenai komen serta kecaman yang dilemparkan ke atasnya namun memilih untuk tidak membaca kata-kata netizen tersebut.

Tambah Afieq, dia juga perlu mengambil masa kurang lebih seminggu untuk meredakan rasa murung yang dihadapinya ekoran kecaman tersebut.

Sejujurnya saya tak baca komen sebab saya agak murung. Memang saya agak murung ketika itu dan saya perlu mengambil masa dalam seminggu macam tu untuk redakan rasa itu.

Sampaikan saya cakap pada diri saya, ‘Ya Allah salah sangat ke apa aku buat ni kan?’. Tetapi saya akui apa yang saya buat itu memang salah. Salah tetap salah.

Saya pun berbincang semula dengan Kak Fasha dan dia pesan pada saya, ‘Kalau tak nak kacau mood serta mental kita ni jangan baca komen-komen itu’.

Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak membaca komen-komen tersebut.

SKIP THIS AD ×