Selepas dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 sejak sebulan yang lalu, penyanyi lagu ‘Sumpah’ iaitu Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah idaman sendiri pada usia 22 tahun.
Menerusi akaun Instagram Naim, dia memuat naik sekeping gambar dirinya ketika berdiri di hadapan kediaman tersebut. Tahniah!
My first house
https://www.instagram.com/p/B9MNHCMh1bJ/
Menurut kapsyen Naim, dia bersyukur dan mengucapkan kalimah Alhamdulillah kerana berjaya membeli rumah pertama. Pada masa yang sama, posting tersebut turut dibanjiri komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta bangga atas usahanya selama bergelar anak seni.
So proud of you!
You deserve it!
Sumber: Naim Daniel