berita

Berjaya Islamkan 20 Orang, Pemuda Kongsi Cara Muallaf Berdakwah

September 26th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila netizen membandingkan cara PU Azman dan PU Amin berdakwah di sosial media. Ada yang berdakwah secara kasar dengan memberi kata-kata yang mampu membuatkan mereka tersentap dan ada yang menggunakan cara lebih lembut.

Menerusi posting di Facebook, pemuda ini berkongsi pengalaman seorang muallaf yang telah berdakwah selama berbelas tahun dan cara dakwahnya membuatkan anda semua rasa pelik.

Tumpangkan seorang pakcik

Lelaki tersebut baru saja balik dari kelas Facebook Marketing telah terserempak dengan seorang pak cik muallaf di sebuah lebuhraya lalu menumpangkannya.

SAYA JUMPA WIRA SEBENAR HARINI

Alhamdulillah satu peristiwa Yang sangat menarik Allah aturkan pada saya harini.

Baru balik dari kelas Facebook Marketing oleh Guru saya Puan Guru June Mohd Som di Bangi, saya ternampak seorang pakcik tahan kereta atas Highway.

So saya pun berenti dan tumpangkan pakcik ni. Nama beliau Mohd Kamal Liew Bin Abdullah. Beliau seorang Muallaf. Dah 20 Tahun masuk Islam. Lepas masuk Islam keluarga buang beliau.

Jadi pakcik Kamal terpaksa merempat di Masjid2, dalam lori, bawah Jambatan. Kerja pun tak boleh buat kerja berat, sebab beliau pernah Lumpuh jatuh dari tingkat 3.

Berjaya Islamkan 20 orang

Apa yang menarik nya. Pakcik Kamal ni. Beliau buat keputusan yang saya rasa takde siapa pun antara kita sanggup buat. Beliau kata dari beliau merempat je, baik beliau berdakwah.

Setiap hari abang Kamal akan tahan kereta dari tol Sungai Besi ke arah tol Kajang or Bangi. Bila sampai sana beliau akan tahan kereta lain untuk balik ke Tol Sungai Besi. Bunyi macam Pelik kan?

Pakcik Kamal buat macamtu sebab beliau kata kalau orang bukan Islam tumpangkan, beliau akan Dakwah sampaikan Islam. Kalau orang Islam tumpangkan, beliau akan ingatkan tentang Islam.

Yang best nya, beliau kata malam ni malam minggu, saya kena kerja lebih sikit la, sebab malam minggu ramai budak2 muda keluar enjoy2. Saya boleh dakwah lebih. Fuhh!!

Bayangkan, Pakcik Kamal dah buat kerja ni Berbelas Tahun dah. Beliau dah berjaya Islamkan 20 orang dah setakat ni. MasyaAllah. Menangis saya dengar ni. Saya dengan berbaju Coat tadi, tertanya tanya, berapa orang dah aku tarik pada Islam?

Rezeki tak pernah putus

Yang lagi Menarik. Beliau ni takde income. Tapi Alhamdulillah Rezeki tak pernah putus. Umrah dah 3Kali pergi. Semua orang sponsor. 3KALI tuan2!! Sapa taja pun beliau tak tahu.

Kita yang kerja siang malam ni berapa kali dah Allah jemput? ?

Bak kata Ustaz Ebit Lew. Ada orang, dia tak terkenal oleh penduduk bumi, tapi Seluruh Penduduk Langit Kenal dia. Ada orang, dia tak kaya di dunia. Tapi di Akhirat beliau lah orang paling KAYA RAYA.

Saya cuma nak sampaikan dakwah

Bila saya tanya pada diri, nak buat dakwah entah bila la aku ni.? So saya decide untuk Kongsi kan Kisah Pakcik Kamal supaya lebih ramai tahu tentang kerja dakwah beliau.

Kalau anda lalu di Highway Kajang Sungai Besi jumpa Pakcik, tumpangkan lah. Hulur la sedikit sumbangan. Sekurang kurang nya ada sumbangan kita untuk Dakwah.

Saya tinggalkan no. Phone beliau 0163700043 kalau anda rasa nak jumpa atau bagi sumbangan. Tadi masa saya hulur duit beliau kata saya tak mintak duit tuan. Saya cuma nak sampaikan Dakwah. Subhanallah.

Saya bagitau beliau, saya ada lebih 20K Followers di FB. InsyaAllah saya sampaikan pada mereka.

Jadi saya mohon anda tolong #SHARE kisah Pakcik Kamal moga2 menjadi ASBAB HIDAYAH pada orang lain InsyaAllah.

-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist 
22 September 2018

Sumber: Afnan Rosli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×