berita

Berjaya Mengalahkan Jung Hae-In, Fattah Amin Tersenarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018

December 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

PELAKON terkenal, Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018. Beliau yang juga suami pelakon jelita, Fazura itu meninggalkan beberapa  lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol  dengan berada di kedudukan ke-76.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh Starmometer

Menerusi laporan Astro Awani, perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah sendiri menerusi story Instagramnya dan Fazura malam tadi dengan kapsyen ringkas ‘Aiyo I’m Shy Laa’. Sebuah laman web Starmometer yang mengeluarkan senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Turut tersenarai

Tahun ini memperlihatkan rezeki ahli kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook apabila beliau dinobatkan sebagai lelaki paling seksi tahun ini. Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.

Manakala, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.

Sumber: Astro Awani
The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×