Gara-gara mengakui mengambil ubat-ubatan bagi membantu menurunkan berat badan, pengacara terkenal Oprah Winfrey menerima kecaman hebat daripada netizen.
Artikel Berkaitan: Ariff Bahran Hilang 9KG Selepas Sertai Famili Duo 2023 – ‘Saya Nak Dapatkan Stamina Menyanyi Atas Pentas’
Rasa lebih sihat
Menerusi laporan People, Oprah berkata berat badannya turun disebabkan ubat-ubatan dan gaya hidup sihat yang diamalkan. Tambah Oprah, berat badannya pernah mencecah 107 kilogram dan kini berjaya menurunkan 18 kilogram dalam masa beberapa bulan.
Saya kini mengambil ubat tersebut (ubat kurus) kerana saya rasa saya memerlukannya sebagai alat untuk menguruskan berat badan. Secara faktanya, terdapat preskripsi yang diluluskan daripada segi perubatan untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat.
Saya rasa kini lebih sihat dan tidak lagi dimalukan dengan isu berat badan. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi.
Terdahulu, rata-rata netizen mendakwa Oprah seorang yang hipokrit kerana dia pernah menjadi jurucakap untuk sebuah program penurunan berat badan yang dikenali sebagai ‘Weight Watchers’.
Sumber: People