Biarpun kecoh bertebaran gosip cinta dengan usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah namun pelawak terkenal Shuib tetap tenang melayan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Watie Kekasih Shuib?
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Bercinta Dengan Watie, Shuib Kongsi Video Ziarah Pusara Siti Sarah – ‘Hanya Ada Ini’
Bergenang mata
Tanggal 15 September merupakan ulang tahun kelahiran isteri Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah. Ketika ‘on air’ di radio awal pagi tadi, Shuib sempat menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran arwah yang ke 38.
Dengan mata bengkak dan suara yang serak, pemilik nama Shahmira Muhamad berdoa agar suatu hari nanti mereka sekeluarga dapat bertemu semula.
I sayang you. I ada impian yang cukup besar iaitu nak jumpa you balik. Jadi doakan I agar jumpa jalan itu dengan anak-anak. Insya-Allah kita akan jumpa.
I pernah cakap dengan you kan, nak you jadi bidadari I. Happy birthday sayang, Siti Sarah Raisuddin.
Selepas selesai berucap, Shuib berkata kepada Ajak Shiro yang merupakan rakan sekerjanya, ‘Kau saja kan tanya.’
Video penuh
@suriamalaysia Selamat Hari Jadi kepada semua. #fyp #morningmorningsuria #suriamalaysia #segalanyahiburan ? original sound – SURIA
Dalam pada itu, Juara Maharaja Lawak 2011 turut mengucapkan selamat hari lahir kepada semua yang menyambut hari ini.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak di samping mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan.
Sumber: TikTok @suriamalaysia