berita

‘Berkaki Ayam’ Bantu Mangsa Banjir, Nora Danish Bangga Kesungguhan Suami – ‘Dia Seorang Yang Sangat Penggeli’

December 23rd, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon Nora Danish bangga dengan kekentalan suaminya, Nedim Nazri yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun terpaksa berkaki ayam.

Nora berkata, dia pelik bagaimana suaminya boleh mendapatkan semangat sehingga sanggup meredah kawasan banjir yang penuh dengan lumpur.

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Sebab Ciapan ‘Demand’ Selimut & Gula, Suami Nora Danish Tetap ‘Cool’ – ‘Jangan Layan Depa Ni Semua Kat Rumah’

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Belanja Foto Berendam Dalam Tab Mandi, Nora Danish Terus Padam Dari Instagram

Artikel Berkaitan: Berjaya Panjat Bukit, Peminat Pesan Nora Danish Pilih Pakaian Yang Sesuai – ‘Risau Takut Ada Masalah Pernafasan’

Nedim seorang yang penggeli

Foto dari Instagram Nora Danish

Dalam satu perkongsian di Story akaun Instagram milik Nora Danish, pelakon tersebut berkongsikan rasa bangga akan suaminya, Nedim Nazri yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, sehingga perlu berkaki ayam.

Menurutnya, Nedim telah membantu mangsa banjir di pelbagai lokasi yang berbeza selama empat hari berturut-turut.

Berkaki ayam? Suami saya sebenarnya seorang yang sangat penggeli. Sangat-sangat bangga dengan awak sayang.

Saya tak tahu mana awak dapat semangat semua ini. Empat hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat sampai tak makan.

Pagi-pagi dah bangun, telefon sana sini cari tempat yang memerlukan bantuan sampai bergaduh nak tolong orang.

Nora berkata, dia akan terus memberikan sokongan terhadap suaminya demi misi bantuan kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir.

Bangga dengan awak sayang. Teruskan kerja kuat awak untuk rakyat. Sayang awak.

Terdahulu, Nedim bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama beberapa selebriti lain bagi menghulurkan bantuan di kawasan terjejas banjir sekitar Lembah Klang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×