Nampaknya, nama pelakon Nora Danish tidak lekang daripada menjadi bualan warganet di platform media sosial.
Selepas ditegur gaya pemakaiannya ketika mendaki Bukit Dinding, terbaru foto kontroversi bersama suaminya, Nedim Nazri mengundang perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen
Artikel Berkaitan: Berjaya Panjat Bukit, Peminat Pesan Nora Danish Pilih Pakaian Yang Sesuai – ‘Risau Takut Ada Masalah Pernafasan’
Foto berendam dalam tab mandi
Nora kembali menjadi ‘mangsa’ kecaman netizen selepas memuat naik foto dirinya berendam di dalam tab mandi bersama Nedim atau dikenali Boss Ned.
Pasangan ini difahamkan sedang bercuti di pulau peranginan, Pulau Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahiran Boss Ned yang ke-38 bersama teman rapat.
Lima keping foto Nora dan Boss Ned yang dikongsikan di Instagram itu jelas terpancar keseronokkan di wajah mereka dikelilingi buih-buih.
Mandi pun nak tunjuk
Susulan perkongsian gambar tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu telah ditegur dan dikecam oleh pengguna Instagram.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata berpendapat pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif tidak seharusnya berkongsi gambar sedemikian kerana dilihat kurang manis lebih-lebih lagi dia beragama Islam dan memegang status sebagai isteri dan ibu.
Biarpun tidak kelihatan bentuk badannya kerana ditutupi buih-buih, wargamaya tetap menentang tindakan pelakon drama Covid Oh Covid.
Bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram Nora.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.
Sumber: Instagram Nora Danish