Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana! Meskipun jarak usia sebanyak 34 tahun, tetapi ia bukanlah penghalang untuk pasangan ini mengecapi kebahagiaan.
Beza usia 34 tahun
Baru-baru ini, tular kisah seorang pemuda berusia 28 tahun iaitu Muhammad Amin Jumdai mengahwini seorang wanita berusia 62 tahun iaitu Rokiah Samat. Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan ini dikatakan berkenalan menerusi aplikasi tersebut pada Oktober 2021 sebelum Amin yang berasal dari Sabah telah datang ke Semenanjung untuk bertemu dengan Rokiah.
Beberapa bulan selepas berkenalan, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun 2022 dan akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada September tahun yang sama.
Memetik laporan Sinar Harian, Rokiah yang berasal dari Kelanatan memiliki 11 orang anak , 22 orang cucu dan seorang cicit. Kesemua anak-anaknya merestui perkahwinan Rokiah dan Amin.
Beza umur suami pertama sekitar enam tahun, suami kedua pula orang muda juga, sebaya dengan Muhammad Amin. Namun jodoh kami tidak panjang kerana dia bekerja di China.
Kalau boleh, biarlah dia menjadi suami terakhir saya.
Video yang dikongsikan di TikTok telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya teruja mendengar kisah percintaan pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Sumber: TikTok, Sinar Harian