berita

Berkesankah Pelitup Muka Yang Korang Guna? Ini 4 Perkara Penting Yang Perlu Diambil Tahu

February 24th, 2021 | by Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: Watsons

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis pilihan pelitup muka di pasaran. Ada jenis perubatan, cotton, batik, sutera dan macam-macam lagilah.

Pengunaan pelitup muka bukan lagi satu perkara asing buat orang ramai. Malah, dah menjadi satu kewajipan untuk memakainya setiap kali keluar rumah demi melindungi keselamatan diri dari wabak penyakit yang tak diingini.

Tapi, pernah tak korang terfikir sejauh manakah berkesan pelitup muka yang korang gunakan tu?

Pelitup muka perubatan beri perlindungan terbaik 

Pelitup muka jenis pakai buang, lebih selesa digunakan kerana saiznya yang agak longgar. Ia bertindak melindungi hidung dan mulut dari sebarang kuman atau bakteria berbahaya.

Bahkan, ia juga berkesan menapis zarah besar di dalam udara dan mengawal kemasukan zarah yang tercemar dengan jangkitan penyakit melalui batuk atau bersin mereka yang dijangkiti.

Paling penting, pelitup muka perubatan perlu melalui saringan kualiti terlebih dahulu bagi memastikan setiap helai mempunyai tahap keberkesanan dan perlindungan terbaik.

Pertubuhan antarabangsa The American Society of Testing and Materials (ASTM) juga ada mengeluarkan piawaian teknikal untuk pelitup muka.

Kesemua pelitup muka yang direkomendasikan untuk kegunaan sepanjang musim wabak ini adalah daripada jenis surgical 3 ply mask yang didatangkan dengan 3 lapisan individual.

Lapisan Luar

Lapisan pertama diperbuat dengan fabrik bukan tenun atau non-woven yang bertindak sebagai penghalang kalis air atau sebarang jenis cecair yang terhasil melalui percakapan, batuk dan bersin daripada orang sekeliling.

Lapisan tengah

Berperanan sebagai penapis, lapisan ini biasanya diperbuat dari fabrik polypropylene (PP) melt-blown non-woven. Ia mempunyai tenaga elektrostatik yang berkesan untuk memerangkap zarah-zarah kecil melalui tarikan elektrostatik.

Lapisan tengah yang berfungsi dengan baik seharusnya dilengkapi tenaga elektrostatik yang membolehkan ia untuk melekat pada permukaan kaca atau berkemampuan untuk menarik serpihan kertas.

Nota Penting: Elakkan menyembur pelitup muka dengan semburan alkohol kerana alkohol mampu merosakkan tenaga elektrostatik sekaligus mengurangkan kadar keberkesanan pelitup muka tersebut.

Lapisan dalam 

Dihasilkan dengan bahan hydrophilic, lapisan dalam pelitup muka menyerap titisan atau sebarang kelembapan yang terjadi ketika seseorang bernafas. Sementara bagi mengurangkan geseran dan iritasi kepada kulit, bahan untuk lapisan dalam biasanya lebih lembut berbanding lapisan lain.

4 spesifikasi pelitup muka yang berkesan berdasarkan penilaian ASTM 

1. Mempunyai kadar Kecekapan Penapisan Bakteria atau Bacterial Filtration Efficiency (BFE) sekurang-kurangnya sebanyak 95% 

BFE berfungsi sebagai kayu ukur untuk mengetahui tahap keberkesanan pelitup muka bagi menapis kemasukan bakteria.

Kesemua pelitup muka yang tertakluk kepada kajian ASTM oleh makmal Nelson (sebuah makmal ujikaji mikrobiologi) diasingkan mengikut kategori seperti Jenis I, Jenis II dan Jenis III.

Kedua-dua  Jenis II serta Jenis III mempunyai nilai BFE sehingga 98%, memberikan perlindungan tertinggi dari bahaya bakteria.

2. Pelitup muka dengan kadar penapisan cecair yang tinggi memberikan perlindungan optimum 

Kebolehan kalis air memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelitup muka mampu menapis segala cecair yang berpotensi untuk menembusi lapisan luar ke lapisan dalam.

Salah satu daripada barisan utama pertahanan untuk sehelai pelitup muka perubatan adalah lapisan luarnya.

Jadi, penghalang cecair ini memainkan peranan penting untuk menghalang sebarang bakteria dari menyelinap masuk ke dalam saluran pernafasan melalui mulut dan hidung.

3. Pelitup muka yang mengandungi lebih tinggi kadar peratusan Kecekapan Penapisan Zarah atau Filtration Efficiency (PFE) terbukti lebih berkesan

 Kajian ini mengukur tahap keberkesanan pelitup separuh muka perubatan bagi menapis zarah sub-mikorn, dengan ekspektasi yang sama di mana ia mampu menapis virus melalui cara serupa. Oleh itu, lebih tinggi kadar PFE, maka lebih berkesanlah ia untuk menapis zarah berbahaya.

4. Pastikan pelitup muka korang mempunyai pensijilan ISO

Pelitup muka mestilah diuji mengikut piawaian antarabangsan (ISO 10993-5, 10) untuk ujian cytotoxi dan sensitiviti kulit bagi memastikan ia tidak mengandungi sebarang bahan yang berbahaya.

Pilih pelitup muka dari jenama yang diyakini

Di sini kami senaraikan 3 jenama pelitup muka daripada Watsons yang mematuhi garis panduan ASMT.

1. MEDICOS

Kredit foto: Watsons

Kredit foto: Watsons

2. empro

Kredit foto: Watsons

Kredit foto: Watsons

3. VirCas

Kredit foto: Watsons

Kesemua produk ini ialah pelitup muka berkualiti, Jenis II ASTM dan disahkan mempunyai 98% BFE serta PFE.

Kalau korang lebih selesa dengan pelitup muka jenis fabrik yang boleh diulang guna, pastikan korang buat pilihan yang betul.

Kredit foto: Watsons

Pelitup muka jenis fabrik haruslah dihasilkan dengan teliti bersama bahan yang disahkan selamat. Tak lupa, ia juga perlu dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 98% nilai BFE.

Setiap pelitup muka fabrik perlu menjalani kajian yang sama seperti pelitup muka perubatan, jadi pastikan korang buat research dulu sebelum membeli tau!

Kredit foto: Watsons

Memandangkan ianya boleh diulang guna, pastikan korang membersihkan pelitup separuh muka ini setiap hari dan gantikan ia dengan yang baru apabila telah mencapai tahap maksimum pemakaian. Ini nak make sure kadar BFE produk tu terjaga okay.

Jalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselamatan masyarakat. Sebahagian besar dari caranya adalah dengan menggunakan pelitup muka berkualiti dan diiktiraf berkesan!

Sambil tu, apa kata korang ambil peluang ini untuk menyokong pelitup muka keluaran tempatan. Tapi ingat! Dapatkan jenama yang diyakini saja ya kerana mereka melalui saringan dan proses kajian yang sepatutnya bagi memastikan produk mereka selamat digunakan.

Tengah berfikir nak beli pelitup muka berkualiti kat mana?

Haa, jomlah ke Watsons berhampiran sekarang! Korang juga boleh buat pembelian secara dalam talian melalui stor online mereka di sini.

Keliru nak pilih pelitup muka yang mana? Jangan risau! Korang boleh tanya je pada ahli farmasi di Watsons, mereka bersedia untuk menjawab segala soalan korang.

Tonton video di bawah untuk panduan dari ahli farmasi Watsons tentang pemilihan pelitup muka yang berkualiti.

SKIP THIS AD ×