berita

Berkonsep Baru & Lebih Segar, Ini Antara Perkara Menarik Tentang Program Realiti Vokal Mania!

November 25th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Baru dua minggu bersiaran, rancangan realiti terbaru TV3, Vokal Mania bersama Mamee London Roll sebagai salah satu penaja rasmi mula menjadi sebutan dan buah mulut peminat industri muzik tanah air.

Kalau korang nak tahu, program ini menampilkan kelainan di mana penyanyi amatur bakal bertarung dengan artis profesional bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai sebanyak RM80,000! Sebelum tu, jom kami ceritakan dulu apa yang membuatkan program realiti Vokal Mania ni hangat diperkatakan sampai menjadi trending!

Amatur vs profesional

Kredit: xtra

Kredit: xtra

Apa yang menarik tentang Vokal Mania adalah formatnya yang berbeza dengan program realiti lain apabila 24 orang penyanyi amatur yang digelar ‘Rookie’ akan berentap dengan 4 artis profesional (Idol) iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok. Fuh, boleh bayang dah macam mana powernya bila mereka beradu vokal!

Format yang lebih ‘fresh’

Kontroversi Pertama Vokal Mania Melanda Nuha Bahrin - Ini Adalah Bellarina Natasya

Kredit: xtra

Kesemua Rookies akan dibahagikan kepada 6 minggu untuk berentap dengan Idol mereka. Pada setiap episod, 4 Rookie akan membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo serta duet bagi mengumpul mata.

Rookie yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod pula akan meraih gelaran ‘Rookie Star Award’, sekaligus menerima ganjaran sebanyak RM1,000 hasil gabungan penilaian 70% daripada undian awam dan 30% daripada pemarkahan juri tetap.

Random Image

Kredit: xtra

Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Antara 24 Rookie yang bakal berentap adalah Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Alif Kadim, Aufahanie, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Daus Husny, Eranzz Lambert, Erin, Fatin Afeefa, Fiera, Hakeemzamall, Hariz Danial, Nisha Haque, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros, Razak A’ai, Tuah Adzmin, Wafariena, Yuveena, Zareef Sein dan Zetty Rashid.

Daripada kesemua 24 Rookie, hanya lapan yang akan terpilih untuk beraksi di pentas separuh akhir dan pada minggu terakhir hanya satu Idol dan satu Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Yang lagi best, korang boleh dapat undian extra bagi Rookie kegemaran korang! Nak tahu macam mana?

Buat korang yang mengikuti rancangan Vokal Mania mesti korang dah ada Rookie pilihan korang sendiri dan dah tentulah korang nak Rookie favourite korang ni layak ke peringkat seterusnya, sekaligus menjadi juara kan?

Kalau sebelum ni hanya 10 undian sahaja yang dibenarkan dalam sehari, kini korang boleh beri 40 undian extra buat Rookie pilihan korang dengan pembelian Kombo Vokal Mania Mamee London Roll!

Terdapat 4 variasi pakej kombo yang korang boleh pilih iaitu Bundle A, Bundle B, Bundle C dan Bundle D yang terdiri daripada enam perisa utama London Roll iaitu coklat gulung berganda, coklat, pandan kelapa, vanila, strawberi dan susu. Yums!

Untuk mendapat undian extra, korang hanya perlu:

Jangan lupa saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, tepat jam 9 malam di TV3, dan tonton secara langsung di Youtube TV3 Malaysia serta portal Tonton untuk pertarungan sengit antara artis profesional dengan Rookies kegemaran korang!

SKIP THIS AD ×